Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Bisaya Limbang zahir sokongan penuh kepada Hasbi

-

LIMBANG: Sokongan penuh dizahirkan ketua masyarakat dan ketua kaum Bisaya di daerah ini terhadap Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah yang dijangka bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Pengerusin­ya Pemanca Nicholas Buyok Pura berkata, hanya kerajaan BN dapat meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n negeri, daerah Limbang dan masyarakat Bisaya keseluruha­nnya.

Sokongan sama katanya, dizahirkan kepada BN yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Kami penuh yakin perdana menteri dan ketua menteri mempunyai keupayaan untuk membawa Sarawak ke tahap pembanguna­n yang tinggi dan berterusan,” katanya pada sidang media selepas perbincang­an bersama ketua masyarakat dan kaum Bisaya di Pejabat Residen Limbang di sini, semalam.

Turut hadir Penghulu Manang Tingkat.

Nicholas berkata lagi, pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, penubuhan Petros, DBOS dan pembinaan Centexs Lawas untuk anak-anak di kawasan utara Sarawak mampu memberi pulangan ekonomi kepada penduduk negeri ini.

“Selain itu, kerajaan negeri akan melaksanak­an projek infrastruk­tur seperti jalan perhubun- gan desa dan jalan pertanian untuk keselesaan rakyat termasuk kaum Bisaya,” jelasnya.

Malahan katanya, kerajaan juga berusaha meningkatk­an secara serius jumlah kerbau di bahagian Limbang yang memberi peluang kepada kaum Bisaya untuk terlibat aktif meningkatk­an tahap sosioekono­mi mereka.

Pada masa sama katanya, sebahagian besar kawasan Batu Danau telah disalurkan dengan bekalan elektrik dan usaha sedang dijalankan untuk membekalka­n air terawat dari simpang Ukong ke pekan Medamit.

“Kita penuh yakin untung nasib masyarakat Bisaya adalah bersama kerajaan BN,” katanya.

 ??  ?? SOKONG: Nicholas (duduk, empat kiri) dan Manang bersama ketua masyarakat serta ketua kaum Bisaya di Pejabat Residen Limbang, semalam.
SOKONG: Nicholas (duduk, empat kiri) dan Manang bersama ketua masyarakat serta ketua kaum Bisaya di Pejabat Residen Limbang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia