Utusan Borneo (Sarawak)

Gejala penyalahgu­naan gam, ubat batuk, pil nospan perlu dipandang serius

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kerajaan persekutua­n perlu memandang serius gejala penyalahgu­naan bahan mengkhayal­kan seperti gam, ubat batuk dan pil nospan dengan menggubal undang-undang khas untuk menanganin­ya.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahmah Hamzah berkata dengan adanya undang-undang seperti itu maka penjualan dan pembelian bahan-bahan tersebut akan dapat dikawal.

“Undang- undang khas ini tidak dapat dibuat melalui Dewan Undangan Negeri (DUN), ia perlu di Parlimen tetapi walaupun sudah beberapa kali dicadangka­n, ia masih tidak dilaksanak­an.

“Pada pandangan peribadi saya, mungkin penggubal undang-undang di Parlimen melihat ini sebagai masalah kecil sahaja dan tidak penting kerana banyak lagi masalah besar yang perlu ditangani terutama dadah.

“Tetapi kami akan usahakan agar undang-undang ini dapat dikuatkuas­akan kerana bagi kami, masalah ini adalah serius,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa PEMADAM di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Karim yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak berkata, pada masa ini polis narkotik termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tidak dapat mengambil sebarang tindakan bagi memerangi gejala itu disebabkan tiada undangunda­ng.

Justeru, beliau akan membangkit­kan semula mengenai keperluan undang-undang khas tersebut pada Mesyuarat Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan yang akan diadakan di sini, pada 31 Julai hingga 1 Ogos nanti.

Katanya undang-undang khas itu sangat diperlukan kerana penyalahgu­naan bahan mengkhayal­kan bukan sahaja menghancur­kan masyarakat tetapi juga boleh menarik penagihnya terjerumus kepada dadah.

Sementara itu, Karim yang juga pengerusi Majlis Membantera­s Dadah Sarawak menyifatka­n penyalahgu­naan dadah di Sarawak adalah masih terkawal termasuk di Lawas dan Limbang.

Katanya walaupun negeri ini agak mudah dicerobohi oleh kegiatan penyeludup­an bahan terlarang itu melalui sempadan yang begitu luas, Sarawak masih kekal berada dalam kedudukan tiga terbawah dari segi masalah penyalahgu­naan dadah di seluruh negara.

“Sudah belasan tahun kita sentiasa di bawah dan ini adalah sesuatu yang membanggak­an walaupun berhadapan ancaman dan risiko penyeludup­an masuk dadah melalui jalan tikus di sempadan yang begitu luas.

“Ini menunjukka­n keberkesan­an dalam program kesedaran khususnya terhadap belia kita agar tidak terjerumus dengan dadah, misalnya menerusi ceramah, motivasi termasuk kegiatan sukan dan riadah,” katanya.

Namun demikian, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus memastikan sempadan Sarawak dikawal dengan ketat bagi mengekang kegiatan penyeludup­an dadah.

Katanya, tumpuan akan diberikan di bahagian utara iaitu Limbang, Lawas, Miri dan Bintulu yang didapati agak mudah dibolosi.

“Kita akan terus memperbaik­i keadaan dan kalau dapat, kita mahu menjadikan masalah dadah adalah sifar di Sarawak,” katanya.

Undang-undang khas ini tidak dapat dibuat melalui Dewan Undangan Negeri (DUN), ia perlu di Parlimen tetapi walaupun sudah beberapa kali dicadangka­n, ia masih tidak dilaksanak­an. Datuk Abdul Karim Rahmah Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Karim (tengah) bersama Naib Presiden PEMADAM Kebangsaan Omar Osman dan ahli jawatankua­sa PEMADAM yang lain pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa PEMADAM di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: Karim (tengah) bersama Naib Presiden PEMADAM Kebangsaan Omar Osman dan ahli jawatankua­sa PEMADAM yang lain pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa PEMADAM di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia