Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari menerima empat kunjungan hormat

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menerima empat kunjungan hormat di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini semalam.

Kunjungan hormat dimulai dengan Majlis Penyampaia­n Watikah Pelantikan Rasmi Penaung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) yang disampaika­n Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Kunjungan hormat ini bertujuan menjemput ketua menteri bagi menyempurn­akan Majlis Perasmian Kursus Antidadah dan Perhimpuna­n Agung Tahunan Ke-43 PEMADAM Kebangsaan pada 1 Ogos 2018 di sebuah hotel terkemuka di Kuching.

Turut hadir bersama Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dan Naib Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan Datuk Omar Osman.

Seterusnya, Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia Datuk Roh Jae Yeol.

Turut hadir Pengurus Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia Ismanizam Yahaya.

Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memberi perkembang­an terkini kepada Abang Johari berhubung aktiviti yang melibatkan tanggungja­wab sosial korporat yang bakal dilaksanak­an di Sarawak pada tahun ini.

Selepas itu, Abang Johari turut menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Abang Sardon Abang Hashim.

Kunjungan hormat diadakan untuk menjemput Abang Johari menghadiri program Harmony Nite ‘United We Stand’ yang bakal diadakan di Kota Sentosa Square, Kuching pada 24 Mac ini.

Selepas itu, Abang Johari turut menerima kunjungan hormat yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu bersama rombongan.

Kunjungan hormat ini diadakan untuk menjemput ketua menteri bagi menyempurn­akan program Kembara Pemuda Satok 2018 dengan kerjasama Pemuda Tanjong Datu yang akan diadakan pada 25 Mac ini di Lundu.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari (empat kiri) merakam kenangan bersama delegasi PEMADAM Kebangsaan.
UNTUK ALBUM: Abang Johari (empat kiri) merakam kenangan bersama delegasi PEMADAM Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia