Utusan Borneo (Sarawak)

ILP Serian dijangka siap Februari 2021 Majlis pecah tanah projek ini akan diadakan pada 24 Mac di Jalan Tangga By-Pass

-

KUCHING: Projek pembinaan Institut Latihan Perindustr­ian ( ILP) di Serian yang menelan kos RM250 juta dijangka siap Februari 2021.

Perkara itu didedahkan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata majlis pecah tanah projek tersebut akan diadakan pada 24 Mac ini jam 9 pagi di Jalan Tangga ByPass berhadapan Balai Bomba dan Penyelamat Serian.

“ILP Serian adalah institusi latihan yang ke- 33 dalam Rancangan Malaysia Ke11 ( RMK11) yang telah diluluskan kerajaan.

“Projek ILP Serian ini bernilai RM250 juta terletak di Bukar Sadong Land District, Kampung Tenggak di Serian dengan keluasan tanah 56.76 ekar,” katanya.

Riot berkata pusat latihan itu nanti mampu menampung 600 pelatih dengan menawarkan kursus dalam bidang teknologi kimpalan, teknologi automotif, teknologi penyejukbe­kuan dan penyaman udara serta teknologi CADD-Mekanikal (Minyak dan Gas).

“Ini merupakan ILP keempat di Sarawak dan pembinaan institusi ini menjurus kepada pembanguna­n SCORE (Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak) yang bertujuan meningkatk­an keluaran tenaga kerja mahir bagi keperluan industri negara secara amnya dan Sarawak khasnya menjelang 2020,” tambanya.

Menurutnya, memandangk­an pelaburan yang besar kerajaan dalam pembinaan ILP ini, maka anak tempatan hendaklah merebut peluang untuk memperkaya­kan ilmu pengetahua­n dan penyediaan latihan kemahiran sebelum melangkah kaki ke alam pekerjaan yang mencabar.

Jelasnya, pemilihan kursus dan bidang kemahiran penting untuk menyediaka­n sokongan asas kepada ADTEC Bintulu, projek SCORE serta industri pembuatan dan binaan.

“Manfaat lain ialah institut latihan ini juga dirancang untuk menjalanka­n kursus sepenuh masa dan separuh masa bagi meningkatk­an kemahiran pekerja industri.

“Ini bersesuaia­n dengan kehendak industri yang mahu meningkatk­an kualiti kemahiran kakitangan mereka secara latihan sambil bekerja,” katanya.

Di samping itu juga, beliau memberitah­u pihak industri perlu bekerjasam­a dengan kerajaan bagi bertukar fikiran dan informasi, pada masa sama dapat berkongsi pengalaman dalam perkembang­an industri berteknolo­gi baharu. MIRI: Program ‘Townhall JASA Jelajah Akar Umbi 2018’ perlu diperbanya­k dalam usaha menjelaska­n isu-isu semasa di peringkat nasional dan negeri kepada rakyat.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, program berkenaan memberi peluang kepada masyarakat untuk bertanya mengenai pelbagai isu atau soalan bagi mendapatka­n penjelasan tepat.

“Dengan adanya maklumat dan fakta yang tepat, maka rakyat tidak akan tertipu lebih-lebih lagi dengan berita palsu yang tersebar luas di laman media sosial sekarang.

“Ia bukan sahaja tidak baik kepada masyarakat, malah mempengaru­hi negara kerana wujudnya fakta yang diputarbel­itkan serta khabar angin tidak sahih,” jelasnya pada sidang media selepas menghadiri program berkenaan di peringkat Parlimen Miri di Kompleks Islam Sarawak di sini, petang kelmarin.

Hadir sama pada sidang media tersebut ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Malaysia Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Panel Pemikir JASA merangkap Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Tun Faisal Ismail Aziz.

ADUN Senadin terbabit yang merupakan salah seorang ahli panel program berharap melalui acara tersebut rakyat akan lebih bertanggun­gjawab dan berhati- hati untuk mempercaya­i fakta atau berita yang ditularkan di media sosial khususnya berkaitan isu-isu semasa dan pembanguna­n negara.

“Jika kurang pasti mengenai sesuatu perkara itu, bertanyala­h terlebih dahulu kepada jabatan, agensi atau pihak yang berkaitan untuk pengesahan,” ujarnya sambil menambah, program tersebut secara langsung telah mencapai matlamatny­a meningkatk­an kefahaman rakyat.

Terdahulu, Lee dalam program terbabit mengingatk­an rakyat agar bertanggun­gjawab dan bijak memilih kerajaan yang betul.

“Saya yakin rakyat sekarang bijak untuk memilih wakil rakyat yang turun padang bagi membantu rakyat dan membawa kemajuan pembanguna­n.

“Rakyat perlu meneliti segala maklumat yang betul. Masa depan negara kita bergantung kepada pilihan yang tepat,” katanya.

Selain Lee, Tun Faisal dan Sebastian turut diketengah­kan sebagai ahli panel program tersebut yang diadakan bermula jam 2.30 petang hingga 5 petang.

Melalui program itu, setiap ahli panel mengupas isu-isu semasa berkaitan di peringkat nasional dan negeri khasnya di kawasan Parlimen Miri, selain membuka ruang untuk para peserta mengajukan soalan.

Sementara itu, penganjura­n program terbabit merupakan satu lagi produk keluaran JASA selepas pelaksanaa­n Townhall JASA Jelajah Kampus yang diadakan sejak beberapa tahun lalu.

Antara objektif penganjura­n program terbabit adalah untuk menyebarka­n maklumat strategik kepada rakyat, di samping memperkuku­h asas jati diri warganegar­a dan memperkasa komunikasi politik kepimpinan akar umbi.

Lebih 400 peserta terdiri daripada ketua masyarakat, ahli parti komponen Barisan Nasional(BN), penjawataw­am dan pekerja swasta menyertai program berkenaan.

ILP Serian adalah institusi latihan yang ke-33 dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang telah diluluskan kerajaan. Datuk Seri Richard Riot Jaem Menteri Sumber Manusia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia