Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pertimbang bina Rumah Usahawan Wanita di Simunjan

-

SIMUNJAN: Kerajaan mempertimb­angkan untuk membina sebuah rumah, iaitu Rumah Usahawan Wanita di kawasan Simunjan bagi memenuhi keperluan wanita yang berminat menceburi bidang keusahawan­an.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia susulan daripada permohonan diterima daripada Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) kawasan itu.

“Kita telah membina Rumah Usahawan Wanita di Sadong Jaya dan mahu membina satu di Simunjan.

“Ini akan menjadikan Rumah Usahawan Wanita sebagai platform untuk wanita menjana ekonomi dengan hasil produk berasaskan makanan bagi membantu menaikkan taraf hidup keluarga mereka,” katanya semasa menghadiri satu majlis di Kampung Sibau Rumbau, Ulu Simunjan di sini, semalam.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, sehingga kini pihakya turut menerima banyak permohonan daripada PPWS termasuk bantuan peralatan memasak, kain dan pakaian.

Katanya, perkara itu akan dilihat semula kerana kebanyakan permohonan untuk peralatan memasak di kampung-kampung telah diserahkan melalui Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

“Apa yang penting adalah apabila permohonan telah kita sampaikan, diharapkan badan-badan politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sesebuah kampung berkongsi menggunaka­n peralatan yang sama.

“Tujuannya adalah kerana kita mahu melihat kerjasama erat antara badan politik dan pihak NGO di sesebuah kampung melalui cara berkongsi menggunaka­n peralatan yang dipohon,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap Barisan Nasional ( BN) menang di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi membolehka­nnya terus memberi bantuan serta menolong masyarakat setempat.

Pada majlis yang sama, Nancy turut mengumumka­n peruntukan RM20,000 untuk membaik pulih dewan di Kampung Sibau termasuk membina tandas baharu.

Selain itu, turut diumumkan peruntukan RM5,000 kepada JKKK Kampung Sibau Rumbau untuk perkakasan dapur dan alat pemadam api.

 ??  ?? JEMPUTAN: Nancy (kanan) bersama yang lain semasa menghadiri majlis bersama penduduk di Kampung Sibau Rumbau, Ulu Simunjan, semalam.
JEMPUTAN: Nancy (kanan) bersama yang lain semasa menghadiri majlis bersama penduduk di Kampung Sibau Rumbau, Ulu Simunjan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia