Utusan Borneo (Sarawak)

Para penerima sangat hargai pemberian BR1M oleh kerajaan

-

ENGKILILI: “Syukur kepada Tuhan atas pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini dan ia hadiah tidak ternilai daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat yang selama ini sangat mengambil berat keluh kesah kami.

“Mungkin bagi orang berada, nilai yang diterima sangat sedikit namun bagi kami yang tidak berpendapa­tan tetap, warga emas dan tidak mampu mengerah kudrat, melihat pemberian ini ibarat rezeki jatuh dari langit,” kata Mahni Piee, 45 tahun.

Beliau yang turut mengambil baucar BR1M untuk adiknya Rosnani Piee, menambah bahawa pemberian bantuan secara berperingk­at baik bagi mengelak pembaziran dan wang digunakan untuk tujuan tidak berfaedah.

Pendapat beliau turut dikongsi seorang lagi penerima Sandai Sampar, 30-an, yang tidak putusputus menzahirka­n rasa terima kasih kepada kerajaan BN yang sentiasa peka dengan keperluan rakyat berpendapa­tan rendah sepertinya.

“Walaupun ia bukan membabitka­n nilai yang banyak namun kerana pemberian membabitka­n tiga fasa bagi yang berkeluarg­a dan ‘one off’ bagi penerima bujang membuktika­n kerajaan BN sentiasa memahami betapa sukarnya rakyat bawahan dalam menghadapi situasi ekonomi yang sangat mencabar kini,” katanya.

“Harus diingat pemberian BR1M bukan gula-gula pilihan raya Negeri atau Parlimen serta untuk memancing undi sebaliknya ia dibuat atas dasar kerajaan ingin berkongsi hasil pendapatan negara secara adil,” katanya dan ia secara tidak langsung mengelakka­n ke- tirisan dalam soal agihan subsidi kerajaan.

Terdahulu, dianggarka­n lebih 2,000 penerima memenuhi Pejabat Kecil Daerah Engkilili di pekan Engkilili untuk mendapatka­n baucar masing-masing.

Majlis penyempurn­aan pemberian BR1M dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

Seorang penerima, Liew Teck He, 40- an, pula mahu agar pemberian BR1M diteruskan pada tahun-tahun mendatang kerana ia sangat bermakna bagi penduduk luar bandar.

“Kalau boleh nilai yang diterima bagi orang bujang sebanyak RM450 dan RM1,200 bagi yang sudah berkeluarg­a ditambah pada masa akan datang sesuai dengan peningkata­n hasil negara,” ujarnya kepada Utusan Borneo.

Dalam pada itu, Dr Rayong yang berucap merasmikan majlis tersebut memberitah­u, bantuan BR1M membuktika­n kerajaan yang ditunjangi BN amat menitikber­atkan kebajikan rakyat secara keseluruha­nnya.

“Bantuan kerajaan pula bukan terhad kepada penyediaan kemudahan infrastruk­tur dan keperluan asas lain malah melibatkan bantuan kewangan secara tunai seperti BR1M,” katanya.

“Pemberian bantuan tersebut pula tidak menyasarka­n satusatu kaum, fahaman politik atau kedudukan anda dalam masyarakat sebaliknya akan diberi kepada yang layak selepas melalui tapisan oleh agensi kerajaan relevan.

“Ia juga sekali gus menepis tuduhan sesetengah pihak bahawa pemberian BR1M untuk ‘ mengikat’ rakyat khususnya pengundi agar terus menyokong kerajaan... sebaliknya ia diberi tanda kerajaan sangat memahami kesukaran rakyat berhadapan kekangan ekonomi semasa,” tegasnya.

Sehubungan itu, Dr Rayong mahu rakyat terus memberi mandat kepada kerajaan terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) yang bakal diadakan bila-bila masa mulai sekarang.

“Berilah mandat kepada manamana calon BN pada PRU14 ini kerana mandat yang kuat akan membolehka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg terus memperjuan­gkan hak Sarawak terutama yang telah terhakis oleh kepimpinan pusat terdahulu,” ujarnya.

Tambahnya, masih banyak perancanga­n Abang Johari yang belum tertunai bersama legasi yang ditinggalk­an Allahyarha­m Tok Nan, justeru mandat yang kukuh akan memudahkan beliau bercakap untuk Sarawak.

Beliau turut menasihati para penerima bantuan agar menggunaka­n wang yang diterima untuk perkara berfaedah dan menyimpan sedikit untuk keperluan masa depan.

Hadir sama ke majlis pemberian BR1M tersebut ialah Pegawai Daerah Lubok Antu Richard Ngumbang, Pegawai Tadbir Sarawak di Pejabat Daerah Kecil Engkilili Brin Munsang, Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu Phang Joon Foong, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Engkilili Dr Sia Kii Han, Pegawai JASA Edwin Anchih, penghulu, kapitan, kaunselor, tuai rumah serta para penerima BR1M.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Rayong bergambar bersama sebahagian penerima BR1M fasa 1 yang diadakan di Engkilili semalam. Turut kelihatan (berdiri lima dari kanan) Richard, Brin, Dr Sia dan Edwin.
UNTUK ALBUM: Dr Rayong bergambar bersama sebahagian penerima BR1M fasa 1 yang diadakan di Engkilili semalam. Turut kelihatan (berdiri lima dari kanan) Richard, Brin, Dr Sia dan Edwin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia