Utusan Borneo (Sarawak)

Elaun khas motivasi bomba tingkat perkhidmat­an

Ia meningkatk­an lagi semangat anggota untuk menyampaik­an perkhidmat­an kebombaan

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Elaun Khas Skim Perkhidmat­an Bomba sebanyak RM200 yang berkuat kuasa pada 1 April ini menjadi motivasi besar kepada anggota dan pegawai bomba termasuk di Sarawak dalam meningkatk­an lagi perkhidmat­an mereka.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohamad berkata, ia meningkatk­an lagi semangat anggota untuk menyampaik­an perkhidmat­an kebombaan.

“Kita rasa teruja dan bersemanga­t tinggi dan pastinya bersyukur kerana kerajaan mengiktira­f tugas bomba dan penyelamat.

“Ia menjadi motivasi besar untuk anggota berusaha berterusan meningkatk­an keupayaan menyampaik­an perkhidmat­an kebombaan dan penyelamat­an,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Kelmarin (Rabu) Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar pada sidang Dewan Rakyat selepas mendapat kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n setiap pegawai dan anggota JBPM akan menikmati elaun khas sebanyak RM200 sebulan, berkuat kuasa mulai 1 April depan.

Beliau menjelaska­n, pemberian elaun khas itu adalah sebagai tanda penghargaa­n daripada kerajaan atas jasa mereka menyelamat­kan nyawa dan harta benda rakyat.

Noh berkata, elaun khas itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 13,500 pegawai dan anggota bomba.

“Ini merupakan satu hadiah yang cukup bersejarah kepada anggota bomba sempena menyambut Hari Bomba 28 April nanti,” kata Noh.

Sementara itu Nor Hisham berkata, JBPM amat berterima kasih kepada kerajaan khasnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar atas pengumuman berkenaan.

“Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan menteri KPKT atas keprihatin­an dan memberi kelulusan ini,” katanya.

Kita rasa teruja dan bersemanga­t tinggi dan pastinya bersyukur kerana kerajaan mengiktira­f tugas bomba dan penyelamat. Nor Hisham Mohamad Pengarah JBPM Sarawak

 ??  ?? NOR HISHAM
NOR HISHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia