Utusan Borneo (Sarawak)

Elaun khas pengiktira­fan kepada anggota bomba

-

KUCHING: Pengumuman Elaun Khas Skim Perkhidmat­an Bomba sebanyak RM200 yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini disifatkan sebagai pengiktira­fan kepada anggota bomba di Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata ia sekali gus meletakkan jabatan itu seiring dengan agensi keselamata­n lain termasuk polis, Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

“Kita bersyukur apabila permohonan kita diluluskan oleh kerajaan dan bakal dinikmati mulai 1 April ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlan­gan JBPM Sarawak 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini kelmarin.

Mengulas lanjut, katanya pengiktira­fan itu mengambil kira sumbangan dan risiko yang dihadapi anggota bomba ketika berlaku bencana.

Selain itu, katanya kerajaan turut menaikkan elaun bomba bantuan daripada RM6 kepada RM8 sejam bagi anggota dan RM7.80 kepada RM9.80 bagi pegawai.

Berita baik itu telah diumumkan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar ketika ucapan penggulung­an di Dewan Rakyat kelmarin.

Pada majlis itu seramai 174 pegawai dan warga kerja JBPM Sarawak menerima anugerah selepas menunjukka­n prestasi cemerlang sepanjang 2017.

Hadir sama Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohamad serta Timbalanny­a Mohd Zaki Omar.

Seramai 29 orang menerima Pingat Kebesaran Jabatan yang turut melibatkan Pasukan Bomba Sukarela Negeri Sarawak manakala 105 orang lagi menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) termasuk Pegawai Bomba Bantuan.

Selain itu, seramai 40 orang menerima Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun.

Wan Mohd Nor berharap dengan pengiktira­fan tersebut dapat dijadikan pembakar semangat dan azam untuk melaksanak­an tugas dengan lebih gigih pada masa depan.

Katanya, JPBM menekankan aspek kompetensi dan profesiona­lisme dalam menuju kecemerlan­gan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia