Utusan Borneo (Sarawak)

MPS mahu lebih ramai sertai Earth Hour, Hari Cintai Bumi

-

SIBU: Kempen Earth Hour dan Hari Cintai Bumi tahun ini akan menyaksika­n lebih banyak aktiviti dianjurkan yang bertujuan membawa orang ramai terlibat secara langsung dalam memelihara alam sekitar.

Pengerusi penganjur Kaunselor Albert Tiang berkata, Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) mempelawa warga Sibu menyertai kempen Earth Hour dengan menutup suis lampu selama satu jam mulai jam 8.30 malam Sabtu ini.

“Kempen ini bertujuan memberi inspirasi kepada komuniti untuk memelihara dan menggunaka­n tenaga dengan lebih berhemah, di mana kita menggalakk­an orang ramai mengambil bahagian dalam kempen Earth Hour.

“Pihak majlis akan memadam lampu jalan di Dataran Bandar Sibu dan Pintu Gerbang Sibu sebagai sokon- gan kepada kempen Earth Hour,” jelasnya pada sidang media di bilik mesyuarat MPS di sini, semalam.

Mengulas mengenai sambutan Hari Cintai Bumi, Tiang menjelaska­n bahawa program dua hari bermula 21 hingga 22 April di Wisma Sanyan itu dianjurkan untuk menggalakk­an kesedaran orang ramai dalam melindungi dan mencintai alam sekitar.

“Orang ramai dialu-alukan melawat pameran di Wisma Sanyan yang dianjurkan bersama agensi kerajaan, sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” ujarnya.

Buat pertama kalinya kata Tiang, MPS akan menjemput individu serta usahawan kecil dan sederhana yang terlibat dalam aktiviti atau produk mesra alam seperti beg plastik biorosot, kotak makanan, tumbuhan hijau dan kraf tangan dengan mempamer- kan produk mereka di gerai pameran.

“Kita mahu memaklumka­n kepada orang ramai mengenai produk mesra alam sekitar yang boleh didapati di pasaran,” jelasnya.

Tambahnya, pihak majlis juga akan membuka gerai jualan barangan terpakai di tempat letak kereta berdekatan Wisma Sanyan kepada mereka yang mempunyai barangan terpakai seperti mainan, pakaian, kasut dan barangan elektronik untuk dijual.

“Mereka yang berminat mengambil bahagian boleh mendaftar di Tingkat 21, Wisma Sanyan,” ujarnya.

Sementara itu, Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Sibu akan menganjurk­an program khas ‘Earth Ranger’ pada 22 April pada jam 7 pagi hingga 10 pagi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua.

“Aktiviti ini untuk penyertaan berpasanga­n, contohnya ibu atau bapa berpasanga­n dengan anak lelaki atau anak perempuan untuk menjadi satu pasukan.

“Peserta perlu menyelesai­kan semua misi di lima stesen untuk mengumpul mata yang akan ditukar dengan pingat Earth Ranger.

“Yuran pendaftara­n RM30 untuk satu pasangan dikenakan bagi aktiviti ini,” jelasnya.

 ??  ?? JEMPUTAN UMUM: Tiang (duduk, tengah) dan Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain serta rakan kongsi menggalakk­an orang ramai menyertai kempen Earth Hour dan Hari Cintai Bumi.
JEMPUTAN UMUM: Tiang (duduk, tengah) dan Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain serta rakan kongsi menggalakk­an orang ramai menyertai kempen Earth Hour dan Hari Cintai Bumi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia