Utusan Borneo (Sarawak)

LAKU mohon maaf gangguan bekalan air berpanjang­an kelmarin

-

BINTULU: LAKU Management Sdn Bhd Kawasan Bintulu memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air yang berpanjang­an di Bintulu kelmarin.

“Gangguan itu disebabkan kerja- kerja penyambung­an paip keluli Mild 1000 milimeter yang baharu dipindahka­n yang dijadual dibuat mulai jam 9 malam 20 Mac hingga 6 pagi 21 Mac.

“Namun kerja-kerja tersebut tidak dapat disiapkan dalam masa yang dijadualka­n kerana masalah teknikal yang belum pernah terjadi sebelum ini di tapak penyambung­an,” kata jurucakap akhbar LAKU Management Sdn Bhd kenyataan dikeluarka­n di sini, semalam.

Keadaan itu katanya, menyebabka­n gangguan bekalan air berpanjang­an dan kerja penyambung­an hanya siap sekitar jam 2 petang.

Jelasnya, bekalan air beransur-ansur diaktifkan mulai jam 2.30 petang di mana sebelumnya saluran air yang terjejas ditutup beberapa jam sehingga mengambil masa untuk tekanan air beroperasi secara normal, terutama di kawasan tanah tinggi dan di kawasan jauh yang dihubungka­n dengan sistem.

Beliau berkata, pengguna yang masih tidak menerima bekalan air atau menghadapi masalah dengan kualiti air boleh menghubung­i hotline 086-318160 atau 086-318164 untuk mendapatka­n bantuan.

“Untuk maklumat semua pengguna, kerja-kerja penyambung­an diperlukan untuk memastikan pembinaan jalan persimpang­an Nyabau (jalan masuk langsung antara Jalan Bintulu-Tatau ke Miri) berkeadaan lancar dan ia merupakan sebahagian daripada projek Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia