Utusan Borneo (Sarawak)

Eksploitas­i kanak-kanak demi politik keterlalua­n

Libatkan kanak-kanak kerana perbezaan pendapat bukan cara betul dicontohi daripada pemimpin

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Tindakan ahli politik mengeksplo­tasi kanak-kanak untuk membenci kerajaan demi kepentinga­n politik dan peribadi dianggap amat tidak wajar dan keterlalua­n.

Mengulas isu tersebut, Setiausaha Publisiti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin Erick Chin berkata, mengheret sama kanak-kanak kerana perbezaan pendapat bukan cara yang betul untuk dicontohi daripada seorang pemimpin.

Beliau berkata, mereka seharusnya tidak mencampur aduk dunia politik dan pendidikan khususnya melibatkan golongan pelajar dan kanak-kanak.

“Seseorang harus ada batasan jika melibatkan diri dalam politik.

“Kanak-kanak memerlukan persekitar­an pembelajar­an yang sihat dan bahagia, bukannya terlalu awal mendedahka­n mereka dengan dunia politik yang rumit dan bukannya mengajar mereka untuk membenci orang lain,” tegasnya.

Erick berkata demikian mengulas dakwaan mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menyemai kebencian politik kepada kanak- kanak dengan menari dan mengejek dasar Cukai Barangan dan Perkhidmat­an ( GST) di Pusat Tuisyen Rakyat, Pulau Pinang baru- baru ini.

Tindakan setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu disebarkan menerusi video berdurasi 32 saat yang ditularkan dalam media sosial.

Pelajar harus disemai semangat untuk belajar dan mencapai kejayaan dalam pelajaran sehingga ke peringkat menara gading, katanya sambil menambah, pendidikan yang positif akan membantu membentuk masyarakat bersatu padu dan maju.

“Janganlah meracuni fikiran mereka untuk membenci mana- mana pihak politik.

“Sikap sebegini sudah keterlalua­n dan bagaikan kerasukan,” jelasnya.

Ketika musim pilihan raya sekarang, Erick meminta rakyat Sarawak bersatu menghalang budaya benci membenci yang dibawa pihak berkepenti­ngan daripada terus menular.

Rakyat Sarawak dikenali mencintai keharmonia­n, perpaduan dan persefaham­an yang harus dipertahan­kan sepanjang masa.

Kanak-kanak memerlukan persekitar­an pembelajar­an yang sihat dan bahagia, bukannya terlalu awal mendedahka­n mereka dengan dunia politik yang rumit dan bukannya mengajar mereka untuk membenci orang lain. Erick Chin Setiausaha Publisiti SUPP Cawangan Senadin

 ??  ?? KEKENYANGA­N: Anggota APM menangkap ular yang baharu menelan seekor ayam di Taman Riverwa, Limbang kelmarin.
KEKENYANGA­N: Anggota APM menangkap ular yang baharu menelan seekor ayam di Taman Riverwa, Limbang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia