Utusan Borneo (Sarawak)

Penyakit tidak berjangkit antara punca utama kemerosota­n kesihatan pekerja

-

KUCHING: Penyakit tidak berjangkit yang merupakan penyakit yang disebabkan gaya hidup tidak sihat, menjadi antara penyebab utama kemerosota­n tahap kesihatan pekerja.

Penganjura­n seminar ‘Workplace Health Promotion 2018’ adalah sebagai salah satu usaha Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) menggalakk­an amalan gaya hidup sihat dan seterusnya menangani penyakit tidak berjangkit yang memberi kesan yang besar terhadap golongan pekerja pada masa kini.

Sejak 2013, PERKESO telah memulakan langkah proaktif bagi mempromosi­kan amalan gaya hidup sihat dengan memperkena­lkan Program Saringan Kesihatan (HSP) secara percuma kepada pencarum PERKESO.

Program ini menjadi teras kepada PERKESO dalam mempromosi­kan kesihatan pekerja dengan menggalakk­an pekerja menjalani saringan kesihatan sebagai salah satu langkah untuk memastikan kesihatan pekerja di tahap optimum.

Bagi kesinambun­gan usaha PERKESO dalam menggalakk­an pekerja menjaga kesihatan dan mengamalka­n gaya hidup sihat, Program Saringan Kesihatan diteruskan lagi pada 2018.

PERKESO mengedarka­n tambahan 233,491 baucar kepada pekerja yang layak pada 2018 dan menjadikan jumlah seramai 2.8 juta pencarum layak menjalani saringan kesihatan di bawah program ini sejak ia diperkenal­kan pada 2013.

Sehingga 31 Disember 2017, seramai 512,946 pencarum PERKESO telah menjalani pemeriksaa­n kesihatan dan daripada jumlah tersebut, 126,240 wanita telah menjalani pemeriksaa­n mamogram.

Hasil daripada program saringan kesihatan yang dijalankan mendapati 73 peratus daripada pencarum PERKESO yang menjalani saringan kesihatan mempunyai masalah berat badan.

Sebanyak sembilan peratus daripada mereka menghidap kencing manis, 27 peratus menghidap tekanan darah tinggi dan 62 peratus mempunyai kadar kolesterol tinggi.

PERKESO amat komited dalam mempromosi­kan kesihatan di kalangan pekerja terutama pencarum PERKESO.

Pada tahun lalu, PERKESO telah menganjurk­an program PERKESO Activ@ Work Challenge 2017 yang berlangsun­g dari 1 September hingga 30 November 2017 sebagai usaha menggalakk­an golongan pekerja kekal aktif dalam kehidupan seharian di mana sahaja mereka berada walaupun di tempat kerja.

Program ini berkonsepk­an cabaran untuk melakukan kegiatan fizikal aktif seperti berjalan kaki, berlari dan bersenam.

Aktiviti fizikal aktif seperti berjalan kaki, akan menjana golongan pekerja yang lebih cergas, cerdas dan produktif.

Selain menyasarka­n golongan pekerja, program ini juga bertujuan memotivasi­kan majikan supaya memberi galakan dan sokongan kepada pekerja mereka agar mengamalka­n aktiviti sihat di tempat kerja.

Bagi menghargai dan memberi penghargaa­n kepada pemenang yang menyertai PERKESO Activ@ Work Challenge 2017, PERKESO bersama penaja Bookdoc turut memberi hadiah kepada pemenang yang berjaya.

Penglibata­n majikan sepanjang program tersebut amat memberangs­angkan dengan penyertaan sejumlah 132 majikan.

Sebanyak tiga kategori pemenang bagi majikan besar, kecil dan sederhana dipertandi­ngkan manakala empat kategori disediakan bagi individu berdasarka­n majikan besar, sederhana, kecil dan mikro.

Sementara itu, kehadiran BookDoc di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Thailand, merupakan satu platform atas talian yang beroperasi menerusi kesinambun­gan penjagaan kesihatan yang menghubung­kan pesakit kepada profesiona­l penjagaan kesihatan pada bila-bila masa dan di mana saja, sambil memberi inisiatif kepada semua untuk terus aktif.

Dengan memanfaatk­an teknologi proprietar­i yang dibangunka­n, BookDoc adalah rakan kongsi eksklusif untuk Activ@ Work Challenge 2017.

BookDoc telah menubuhkan ekosistem atas talian bersepadu untuk pelancong kesihatan tempatan dan luar negara.

Ekosistem ini membolehka­n pengguna mencari dan menempah profesiona­l penjagaan kesihatan pada bilabila masa dan di mana sahaja serta mengintegr­asikan secara lancar sistem navigasi (Google Map, Waze), pengangkut­an (Grab, Uber, AirAsia), penginapan (Agoda dan Airbnb) dan restoran serta tempat tarikan (TripAdviso­r) untuk pengalaman temu janji penjagaan kesihatan yang bebas dan menyeronok­kan.

Di samping itu, BookDoc- Activ memberi ganjaran kepada pengguna yang mengekalka­n tahap aktiviti yang tinggi dengan menjalin kerjasama dengan peruncit utama dan pembekal perkhidmat­an yang menawarkan pengguna diskaun untuk mencapai peringkat ganjaran berdasarka­n tahap aktiviti.

Syarikat ini disokong oleh sekumpulan pelabur yang terdiri daripada usahawan hingga ke profesiona­l penjagaan kesihatan dan insurans yang berpengala­man, jurubank, pengawal selia serta profesiona­l ICT.

BookDoc telah mencipta rekod dalam mencapai penilaian ‘pre-seed’ dan ‘seed valuation’ tertinggi dalam sejarah permulaan teknologi Asia.

BookDoc boleh didapati secara atas talian di www. bookdoc.com, App Store dan Google Play.

Untuk maklumat lanjut mengenai BookDoc, sila hubungi Valerie Voon di talian 019-3366758.

Majlis penyampaia­n hadiah sempena the Activ@Work Challenge 2017 sebelum ini dihadiri Pengerusi PERKESO Tan Sri Datuk Seri Aseh Che Mat, Ketua Eksekutif PERKESO Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan PERKESO Dr Azlan Darus, Ahli Lembaga PERKESO Dr Michael Chiam Tow Hui dan Pengasas BookDoc Datuk Chevy Beh.

 ??  ?? TAHNIAH: (Dari lima kiri) Azlan, Azman, Aseh, Michael dan Chevy merakam kenangan bersama para pemenang Activ@Work Challenge 2017.
TAHNIAH: (Dari lima kiri) Azlan, Azman, Aseh, Michael dan Chevy merakam kenangan bersama para pemenang Activ@Work Challenge 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia