Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki nyaris maut kereta terbabas lalu terbalik

-

KUCHING: Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu terbalik di bulatan Jalan Setia Raja-Jalan Canna di sini sekitar jam 3.30 pagi semalam.

Dipercayai mangsa semasa kejadian dalam perjalanan pulang apabila keretanya tibatiba hilang kawalan sebelum melanggar tembok di bahu jalan dan terbalik.

“Mangsa berjaya dikeluarka­n dari dalam kereta oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba,” kata jurucakap bomba.

Mangsa yang cedera ringan diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik di tempat kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Dalam kemalangan berasingan, seorang wanita terpaksa mendapatka­n bantuan pihak bomba untuk keluar dari keretanya yang terbalik berdekatan Zon Perindustr­ian Bebas Samajaya sekitar jam 6.30 pagi semalam.

Menurut bomba, kereta yang dipandu wanita berusia 42 tahun itu hilang kawalan lalu terbalik di selekoh tajam menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan dan tidak mampu keluar dari kereta.

“Pasukan bomba bertindak mengeluark­an mangsa yang cedera lalu menyerahka­n kepada pasukan EMRS bomba untuk rawatan awal,” katanya yang turut memberitah­u mangsa telah dikejarkan ke HUS untuk mendapatka­n rawatan.

Dalam satu lagi kemalangan, seorang wanita cedera di kepala, manakala empat lagi individu cedera ringan apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit selepas terlibat kemalangan membabitka­n sebuah kenderaan lain lewat malam kelmarin.

Difahamkan, kemalangan tersebut berlaku di Jalan StapokBatu Kawa apabila kereta yang dinaiki kelima-lima mangsa bertembung dengan sebuah kenderaan lain lalu terbabas.

“Kelima-lima mangsa berjaya dikeluarka­n oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Seorang daripada mangsa iaitu wanita berusia sekitar 20-an mengalami kecederaan di kepala dan mendapatka­n rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba,” kata jurucakap bomba lagi.

Wanita terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan selanjutny­a. LIMBANG: Misteri kehilangan ayam milik penduduk di perumahan Taman Riverway, Jalan Kubong terjawab dengan penangkapa­n seekor ular sawa sepanjang lapan kaki oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Limbang kelmarin.

Jurucakap APM Limbang berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang juga penduduk di taman berkenaan pada jam 5.47 petang yang memaklumka­n menemui ular sawa kekenyanga­n dipercayai baharu menelan seekor ayam di belakang rumahnya.

Menurutnya, tiga anggota APM dikejarkan ke lokasi dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular berkenaan.

“Kami tidak berdepan masalah kerana ular sawa itu tidak agresif berikutan masih kekenyanga­n selepas menelan seekor ayam,” katanya semalam.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai yang menemui ular untuk menghubung­i pihaknya atau pasukan keselamata­n lain bagi menangkap haiwan berkenaan, bukannya bertindak sendirian kerana berisiko dipatuk atau dibelit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia