Utusan Borneo (Sarawak)

2 penyelam berjaya masuk ke kapal korek

Pasukan SAR bawa kapal ke kawasan cetek terletak kira-kira tiga batu nautika dari darat

-

MUAR: Dua penyelam pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya memasuki kapal korek pasir JBB Rong Chang 8, pada jam 4.30 petang semalam.

Pengarah Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Datuk Abu Bakar Idris berkata langkah membawa masuk penyelam menerusi pintu belakang bilik enjin kapal itu dilakukan setelah pasukan SAR berjaya membawa kapal

Kita akan meneruskan operasi sehingga semua mangsa berjaya dikeluarka­n dan semua aset serta anggota yang terlibat dalam operasi ini diletakkan dalam keadaan bersedia.

tersebut ke kawasan cetek terletak kira-kira tiga batu nautika dari darat. “Kita juga meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) di dalam kapal bagi tujuan pengawasan dan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa sehingga berjaya membawa keluar kesemua mangsa,” katanya kepada pemberita di lokasi Pos Kawalan SAR Pantai Leka dekat sini semalam.

Kelmarin, pasukan SAR menemui empat anak kapal warga China dengan seorang daripadany­a meninggal dunia dan dipercayai terdapat 14 kru masih terperangk­ap dalam kapal tersebut.

Abu Bakar berkata pihaknya belum dapat mengenal pasti jumlah mangsa yang masih hidup, namun akan berusaha untuk mengeluark­an kesemua mangsa secepat mungkin.

Beliau berkata pihaknya juga memasukkan udara ke dalam kapal berkenaan menerusi ‘air compressor’.

Katanya ketika kerja-kerja pengalihan kapal, tiang kapal tersebut patah dan pihaknya tidak perlu lagi memotong tiang itu bagi menstabilk­an kapal terbabit.

“Kita akan meneruskan operasi sehingga semua mangsa berjaya dikeluarka­n dan semua aset serta anggota yang terlibat dalam operasi ini diletakkan dalam keadaan bersedia,” katanya. — Bernama

Laksamana Pertama Datuk Abu Bakar Idris Pengarah Maritim Wilayah Selatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia