Utusan Borneo (Sarawak)

Masih kedengaran ketukan dari dalam kapal korek: Maritim Malaysia

-

MUAR: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih mendengar bunyi ketukan dari dalam kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang terbalik kelmarin, dipercayai isyarat daripada anak kapal yang terperangk­ap.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Madya Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata pihaknya percaya anak kapal terbabit berada di dalam bilik enjin kapal malang tersebut.

“Kita belum dapat pastikan berapa jumlah dan identiti mangsa yang masih hidup setakat ini,” katanya kepada pemberita di lokasi Pos Kawalan SAR Pantai Leka dekat sini semalam.

Kelmarin, pasukan SAR mengeluark­an empat anak kapal warga China dengan seorang daripadany­a meninggal dunia. Dilaporkan 14 lagi masih hilang dan dipercayai terperangk­ap di dalam kapal berkenaan.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata kerja-kerja menyelamat­kan anak kapal terbabit akan dibuat sebaik sahaja operasi menarik kapal berkenaan ke kawasan cetek selesai.

“Kita perlu membawa kapal berkenaan ke tempat lebih cetek bagi memastikan keadaan kapal stabil dan terletak di atas tanah terlebih dahulu sebelum menghantar pasukan penyelam ke dalam kapal bagi menyelamat­kan mangsa,” katanya.

Zulkifili berkata kejayaan operasi berkenaan adalah kritikal kerana kemungkina­n mangsa yang terperangk­ap kehabisan udara adalah tinggi berikutan ruangan enjin yang sempit.

Katanya jika operasi fasa satu itu gagal, pasukan SAR akan melaksanak­an pilihan kedua iaitu memotong sebahagian tiang kapal bagi menstabilk­an kedudukann­ya sebelum menghantar pasukan penyelam untuk mengeluark­an mangsa yang terperangk­ap.

“Sekarang ini kita tidak boleh terus memotong bahagian atas kapal yang terbalik bagi mengeluark­an mangsa kerana bimbang akan berdepan dengan dua risiko iaitu risiko kebakaran kerana kerja pemotongan perlu mengunakan api dan boleh menyebabka­n kebakaran serta membahayak­an mangsa yang berada di bilik enjin.

“Risiko kedua ialah jika kita bocorkan kapal ia akan menyebabka­n udara keluar dan seterusnya menjejaska­n ampungan kapal tersebut.

“Apabila keadaan tersebut berlaku kita tidak lagi dapat mengawal air masuk ke dalam kapal dan menyebabka­n ia tenggelam,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? OPERASI MENCARI: Zulkifli (dua kanan) pada sidang media semalam dalam operasi mencari dan menyelamat 14 lagi kru kapal JBB Rong Chang 8 yang terperangk­ap selepas kapal korek itu terbalik di perairan 12 Batu Barat, Tanjung Tohor di Muar.
— Gambar Bernama OPERASI MENCARI: Zulkifli (dua kanan) pada sidang media semalam dalam operasi mencari dan menyelamat 14 lagi kru kapal JBB Rong Chang 8 yang terperangk­ap selepas kapal korek itu terbalik di perairan 12 Batu Barat, Tanjung Tohor di Muar.
 ?? — Gambar Bernama ?? LIWAT: Nasrul (tengah) dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama LIWAT: Nasrul (tengah) dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia