Utusan Borneo (Sarawak)

Penjara 15 tahun, 10 sebatan kerana rogol wanita OKU

-

PETALING JAYA: Seorang penghuni rumah kebajikan yang merogol dan melakukan persetubuh­an luar tabii terhadap seorang wanita kelainan upaya (OKU) yang juga penghuni rumah kebajikan itu dihukum penjara 15 tahun dengan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Azwarnida Affandi menjatuhka­n hukuman itu terhadap P. Ravi Kumar, 40, selepas lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan itu pada perbicaraa­n kesnya semalam dan juga setelah mendengar keterangan impak yang diberikan mangsa.

Tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pemasang paip itu mengaku bersalah dengan sengaja merogol wanita yang berumur 34 tahun yang merupakan OKU pekak dan bisu serta melakukan seks luar tabii terhadap wanita itu.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di dalam tandas di sebuah rumah kebajikan di Bandar Sri Damansara, di sini, pada jam 3.30 petang, 19 Jun lalu mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat serta Seksyen 377C kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Bagi kesalahan merogol, mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 15 tahun dengan tujuh sebatan mana- kala bagi kesalahan seks luar tabii, lelaki itu dihukum penjara lima tahun dengan tiga sebatan dan mahkamah memerintah­kan keduadua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norazalina Razali memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara maksimum terhadap tertuduh mengambil kira faktor trauma yang dialami mangsa akibat kejadian tersebut.

“Tertuduh dengan sengaja telah mengambil kesempatan terhadap mangsa yang lemah dan tidak berupaya, dan melihatkan keadaan mangsa ketika memberikan keterangan impak hari ini (semalam) jelas menunjukka­n dia masih trauma dan menangis semasa melihat tertuduh yang berada di dalam kandang tertuduh.

“Sayajugapo­honmahkama­h menjatuhka­n hukuman berat agar tertuduh dapat berubah dan menjadi pengajaran kepada masyarakat awam,” kata Norazalina.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan ingin menjaga ibunya yang sakit.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang sedang mencuci tangan di dalam tandas melihat mangsa keluar dari salah satu tandas di situ telah menampar dan menarik mangsa dengan mencengkam­nya di bahagian lengan sebelum merogol dan memaksanya untuk melakukan seks luar tabii.

Tertuduh kemudian telah ditangkap di tempat kejadian oleh penghuni lain di pusat kebajikan tersebut yang mendengar teriakan dan tangisan mangsa yang ketika dijumpai di dalam tandas masih dalam keadaan berbogel.

Di luar mahkamah, Norazalina ketika ditanya mengenai mangsa semasa memberikan keterangan impak itu memberitah­u media bahawa semasa pendakwaan bertanyaka­n mangsa berhubung hukuman terhadap tertuduh, mangsa telah membuat isyarat mencekik di leher bermaksud ingin tertuduh dijatuhkan hukuman mati. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENCARI MANGSA: Beberapa anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) membawa tong gas serta peralatan menyelam untuk ke tempat Operasi Mencari dan Menyelamat di Muar, semalam.
— Gambar Bernama MENCARI MANGSA: Beberapa anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) membawa tong gas serta peralatan menyelam untuk ke tempat Operasi Mencari dan Menyelamat di Muar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia