Utusan Borneo (Sarawak)

Laporan persempada­nan kawasan pilihan raya dibentang Rabu ini

-

KUALA LUMPUR: Laporan kajian semula syor persempada­nan kawasan pilihan raya akan dibentang di Dewan Rakyat Rabu ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum memulakan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri semalam berkata laporan mengenai kajian semula itu telah diedarkan kepada anggota parlimen semalam.

“Saya ingin mengingatk­an bahawa kesemua dokumen tersebut tidak boleh disiarkan, embargo sehingga dibentangk­an pada Rabu, 28 Mac 2018,” katanya.

Dalam pada itu, selepas sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, beberapa ahli parlimen pembangkan­g bangun meminta pencerahan daripada Pandikar Amin sama ada mereka boleh membawa laporan berkenaan keluar dari dewan persidanga­n untuk diteliti.

Beliau menegaskan laporan itu tidak boleh dibawa keluar dewan bagi mengelak ia disiarkan pihak lain.

“Kalau saya benarkan dokumen ini dibawa keluar, apabila ia disiarkan oleh media atau orang lain, saya tidak boleh tahu siapa yang bertanggun­gjawab.

“Saya percaya kepada ahliahli yang berhormat, tetapi kalau saya benarkan bawa keluar dan tersiar, tidak ada siapa pun yang akan mengaku,” katanya.

Namun, selepas merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 95A, beliau berkata: “Jadi saya puas hati...boleh bawa keluar tetapi tidak boleh disiarkan dengan apa cara sekalipun.

“Kalau apa yang terkandung itu tersiar, pihak yang menyiar itu dianggap melanggar peraturan mesyuarat iaitu menghina majlis,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia