Utusan Borneo (Sarawak)

Bagi menyamai gaji minimum pekerja mahir asing bekerja di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangk­an gaji minimum tenaga kerja mahir tempatan diletakkan pada RM3,500 sebulan.

Katanya ini bagi menyamai gaji minimum yang kini dibayar kepada pekerja mahir asing yang bekerja di Malaysia, selain sebagai usaha untuk menggalak lebih ramai anak muda menceburi jurusan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) .

“Tentunya kita mesti menaikkan kadar gaji minimum pekerja mahir ini sekurangku­rangnya menyamai gaji yang ditawarkan kepada pekerja mahir dari luar negara,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Ekspo TVET yang pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

Beliau juga menyasarka­n kadar gaji minimum itu akan meningkat kepada RM5,000 sebulan menjelang 2030.

Ahmad Zahid berkata gaji minimum yang ditawarkan kepada pekerja mahir tempatan sekarang adalah sekitar RM1,200.

“Kenapa kita ambil pekerja luar berkemahir­an (gaji minimum) RM3,500. Itu dasarkan. Bagi saya ini tidak adil.

“Itulah sebab saya menawarkan diri mempengeru­si dan menyelaras Majlis TVET Malaysia kerana saya mahu melihat produk TVET Malaysia mendapat gaji minimum yang lebih tinggi,” katanya.

Katanya kebanyakan pekerja mahir asing yang bekerja di Malaysia adalah dari China dan Indonesia yang terlibat dalam bidang pembinaan.

Timbalan Perdana Menteri juga mengarahka­n Kementeria­n Sumber Manusia yang berperanan sebagai koordinato­r program TVET Malaysia supaya menyediaka­n kertas memorandum kepada Jemaah Menteri untuk penubuhan Majlis TVET Malaysia.

Ia antara lain perlu usaha menyelaras semua pengiktira­fan kepada bidang kemahiran yang kini diberikan pelbagai pihak di bawah badan pengiktira­fan Agensi Kelayakan Malaysia, katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid juga menekankan pentingnya diwujudkan kerangka kemajuan kerjaya untuk graduan TVET termasuk peluang melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi supaya mereka bukan sahaja mempunyai kelebihan pengalaman teknikal malah kertas kelayakan profession­al yang membolehka­n mereka menca-

Tentunya kita mesti menaikkan kadar gaji minimum pekerja mahir ini sekurang-kurangnya menyamai gaji yang ditawarkan kepada pekerja mahir dari luar negara. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

pai kejayaan lebih tinggi.

Katanya, ia juga selaras dengan komitmen kerajaan untuk mencapai 43 peratus pekerja mahir menjelang tahun 2030.

“Salah satu indikator menjadi negara maju berpendapa­tan tinggi ialah tenaga kerja mahirnya pada kadar 43 peratus. Jumlah pekerja mahir kita sekarang ialah 28 peratus.

“Saya yakin kita akan men- capai sasaran itu lebih awal daripada 2030,” katanya.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ekspo TVET 2018 yang berlangsun­g sehingga hari ini dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEGAR: Zahid (kiri) melihat tanaman hidroponik ketika melawat ke tapak pameran pada Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama SEGAR: Zahid (kiri) melihat tanaman hidroponik ketika melawat ke tapak pameran pada Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia