Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS gesa pengisian perjawatan capai 100 peratus

-

MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja- pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan untuk memastikan pengisian perjawatan di setiap agensi, jabatan atau badan berkanun di negeri dan persekutua­n mencapai tahap 100 peratus.

Presidenny­a Datuk Azih Muda berkata langkah itu penting terutama bagi perjawatan di barisan hadapan bagi memastikan sistem penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat dapat dilaksanak­an dengan lebih lancar, efektif dan meningkatk­an keyakinan rakyat terhadap sistem perkhidmat­an kerajaan.

“Kita menerima banyak aduan berkaitan masalah perjawatan yang tidak diisi daripada pelbagai pihak baik agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun di peringkat persekutua­n dan negeri dengan perjawatan yang diisi hanya sekitar 85 hingga 90 peratus sahaja.

“Kekosongan perjawatan yang ada ini disebabkan pelbagai faktor terutamany­a per- saraan. Perkara ini perlu diambil serius pihak yang melakukan lantikan perjawatan seperti Suruhanjay­a Perhidmata­n Awam dan Jabatan Perkhidmat­an Awam kerana ia akan menyebabka­n tenaga kerja atau kakitangan tidak mencukupi sehingga boleh menjejaska­n prestasi dan produktivi­ti secara keseluruha­n,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Bual Bicara Ahli Kesatuan Kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Kekaf) Zon Selatan bersama Presiden Cuepacs di sini, hari ini. Turut hadir Presiden Kekaf Mohd Hamidi Saleh.

Mengulas lanjut, Azih berkata gesaan berhubung pengisian jawatan itu tidak melibatkan permintaan pertambaha­n waran perjawatan baharu sebaliknya mengisi perjawatan sedia ada.

Beliau berkata inisiatif berkenaan juga secara tidak langsung dapat meringanka­n beban kerja penjawat awam dalam melaksanak­an tugas seharian yang semakin mencabar dengan tekanan luar termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurutnya lebih 30 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam di negara ini mengalami masalah psikiatri disebabkan tekanan yang dialami dan situasi ini dikhuatiri bertambah serius sekiranya langkah proaktif tidak dilaksanak­an segera.

“...pembukaan Pusat Transforma­si Bandar dan Pusat Transforma­si Luar Bandar membolehka­n kerajaan membantu rakyat berurusan secara lebih mudah dan fleksibel tetapi ia menyebabka­n kekurangan tenaga kerja kerana mereka yang bertugas di sana adalah daripada (jumlah) kakitangan sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Azih berkata pengumuman elaun khas RM200 sebulan kepada 13,342 anggota bomba dan penyelamat di seluruh negara berkuat kuasa 1 April ini merupakan keprihatin­an kerajaan terhadap skop kerja jabatan berkenaan yang semakin mencabar dan berisiko. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia