Utusan Borneo (Sarawak)

LTAT bayar bonus dan dividen kadar 12.5 peratus

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera ( LTAT) mengumumka­n pembayaran dividen dan bonus pada kadar 12.5 peratus kepada ahli yang layak mulai hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussien berkata pembayaran itu membabitka­n jumlah keseluruha­n RM686.8 juta.

“Bayaran dividen dan bonus ini meliputi enam peratus dividen dan 6.5 peratus bonus khas berbentuk unit amanah saham yang akan diberi secara percuma kepada para pencarum yang aktif.

“Dividen dan bonus ini akan mula dikreditka­n dalam akaun ahli-ahli yang mencarum bermula esok (hari ini),” katanya pada sidang media Program Jualan Sentuhan Rakyat di Dewan Seroja, Kem KEMENTAH di sini, semalam.

Beliau turut mengumumka­n LTAT mencatatka­n pendapatan bersih berjumlah RM667.1 juta bagi ta- hun kewangan berakhir 31 Disember 2017, meningkat 12.1 peratus atau RM72.1 juta berbanding RM595 juta pada 2016.

Hishammudd­in yang juga Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, berkata kadar yang diisytihar­kan kali ini lebih tinggi berbanding purata kadar dividen dan bonus semenjak LTAT ditubuhkan pada 1972 iaitu sebanyak 11.3 peratus.

Beliau berkata aset LTAT setakat 31 Disember tahun lepas bernilai RM10 bilion, meningkat 4.2 peratus iaitu RM0.4 bilion berbanding RM9.6 bilion pada 2016.

“Sehingga kini, LTAT dan syarikat kumpulanny­a serta Yayasan LTAT telah membiayai pelbagai program biasiswa dan kebajikan lain melibatkan lebih 134,600 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang masih berkhidmat, veteran ATM serta ahli keluarga mereka yang layak dengan kos RM416.1 juta,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia