Utusan Borneo (Sarawak)

Terus ‘jaga’ keluarga walaupun meninggal dunia

-

JASIN: Muhammad Haiqal Roslan mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya di Bukit Katil dekat sini pada 12 Mac lepas terus ‘menjaga’ keluargany­a menerusi faedah Pencen Penakat, Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Ibu mangsa, Suriana Sulaiman, 52, berkata dia dan suaminya Roslan Sabtu, 56, amat bersyukur dengan faedah yang diterima berjumlah RM897.86 setiap bulan seumur hidup mereka, memandangk­an kini keluarga mereka terpaksa bergantung kepada pedapatan suaminya yang bekerja sendiri.

Beliau berkata mereka sekeluarga tidak menyangka mendapat faedah tersebut daripada PERKESO kerana anak mereka Muhammad Haiqal, yang bekerja sebagai juruteknik di Batu Berendam di sini, meninggal dunia dalam kemalangan di luar waktu kerja.

“Kami sekeluarga amat bersyukur dengan rezeki tidak diduga ini yang mana sedikit sebanyak dapat membantu meringanka­n beban kami,” katanya yang ditemui pemberita di kediamanny­a di Kampung Tambak Paya di sini semalam.

Terdahulu, mereka sekeluarga menerima kunjungan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Seri Md Yunos Husin yang menyampaik­an cek Faedah Pengurusan Mayat, PERKESO bernilai RM2,000 yang turut dihadiri Pengarah PERKESO Melaka Fadhilah Hamil (RPT: Hamil).

Muhammad Haiqal, 26, meninggal dunia empat hari sebelum majlis pernikahan­nya, ketika dalam perjalanan pulang selepas menyaksika­n Melaka United menentang PKNP FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Krubong.

Suriana berkata mereka sekeluarga masih terasa kehilangan anak sulung daripada tiga beradik itu apatah lagi hajatnya yang ingin berumah tangga tidak kesampaian.

“Pada hari yang sepatutnya dia bergelar raja sehari menjadi hiba apabila bertukar majlis tahlil arwah yang turut dihadiri kira-kira 1,000 teta- mu. Oleh itu, kami merancang untuk melaksanak­an badal haji dan aqiqah untuknya,” katanya dengan linangan air mata.

Sementara itu, Md Yunos berkata PERKESO sentiasa proaktif dalam memastikan proses pembayaran faedah kepada pencarum atau waris dibuat dengan kadar segera bagi meringanka­n beban mereka.

“Justeru, saya berharap agar pihak waris dapat memanfaatk­an faedah dan pencen yang diterima dengan sebaiknya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia