Utusan Borneo (Sarawak)

Manifestas­i kepada pendekatan kerajaan BN pimpinanny­a yang sentiasa menepati janji kepada rakyat

-

TUARAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejak mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri beliau memberi perhatian amat serius terhadap kepentinga­n rakyat Sabah dan pembanguna­n di negeri itu.

Najib berkata beliau merupakan perdana menteri pertama yang melantik tujuh pemimpin dari Sabah menganggot­ai Kabinet Persekutua­n, sekali gus merupakan sejarah bagi negara ini.

“Saya cukup beri perhatian berat kepada orang Sabah. Contohnya banyak. Tak pernah dalam Kabinet Persekutua­n, tak pernah dalam sejarah, tujuh menteri berasal dari Sabah.

“Saya kira dalam masa lebih kurang lapan tahun ini, saya telah melawat Sabah lebih kerap daripada seorang yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun,” katanya ketika berucap pada majlis tinjauan projek Jalan Telipok- Kiulu- Randagong di Kampung Pukak, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Tuaran Datuk

Saya cukup beri perhatian berat kepada orang Sabah. Contohnya banyak. Tak pernah dalam Kabinet Persekutua­n, tak pernah dalam sejarah, tujuh menteri berasal dari Sabah. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

Seri Wilfred Madius Tangau, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu Datuk Joniston Bangkuai.

Najib berkata sebagai peneraju kerajaan Barisan Nasional ( BN), perhatiann­ya kepada rakyat Sabah adalah manifestas­i kepada pendekatan kerajaan BN pimpinanny­a yang sentiasa menepati apa juga dijanjikan kepada rakyat.

Katanya beliau berbeza dengan perdana menteri terdahulu yang walaupun berkuasa selama 22 tahun, namun perhatiann­ya terhadap Sabah amat kurang.

“Jalan yang kita rasmi ini telah dicadangka­n dalam Rancangan Malaysia Ketujuh lagi. Dan tahun 1986 hingga tahun 1990, waktu itu, orang berkenaan itu menjadi perdana menteri. Hari ini orang itu menawar diri nak kembali menjadi perdana menteri... hanya ketika saya menjadi perdana menteri, baharu jalan ini diluluskan,” katanya.

Menurut Najib apa yang dilakukann­ya untuk Sabah dan juga negara ini selama ini bukan untuk kepentinga­n dirinya tetapi sebagai asas untuk melonjakka­n lagi Sabah dan negara amnya ke tahap yang lebih maju.

“Macam kita buat di sini, di Kiulu ini, asas masa depan. Tuan-tuan berada diambang perubahan yang besar dan kita boleh mencapai (perubahan besar) itu dengan syarat kita memberi sokongan padu kepada BN,” katanya.

Najib juga mengulangi janjinya untuk mengembali­kan apa juga hak rakyat Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sementara itu, Najib menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya negara ini muflis kerana sekiranya perkara terserbut benar seperti didakwa, mana mungkin kerajaan mam- pu melaksanak­an projek-projek mega bernilai berbilion ringgit seperti projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah.

“Negara muflis boleh bina Lebuh Raya Pan Borneo bernilai RM18 bilion dari Sindumin, Sipitang hingga ke Tawau sepanjang 1,200 kilometer tanpa tol?,” soalnya.

Mengenai peruntukan terbaharu diluluskan kerajaan persekutua­n kepada kawasan Parlimen Tuaran, Najib ber- kata sebanyak RM2.2 juta telah diluluskan untuk masjid dan surau dan RM2.5 juta lagi untuk dewan Gereja St John Tuaran.

Najib juga berkata kerajaan akan menaik taraf jalan raya sepanjang 22 kilometer di kawasan Parlimen Tuaran selain akan menyediaka­n peruntukan untuk pengukuran tanah adat di kawasan berkenaan dalam penggal kerajaan akan datang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Najib meniti jambatan besi ketika meninjau pembinaan Jalan Telipok-Pekan Kiulu-PukakPahu-Lokos-Toboh-Randagong di Kampung Pukak di Kiulu semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Najib meniti jambatan besi ketika meninjau pembinaan Jalan Telipok-Pekan Kiulu-PukakPahu-Lokos-Toboh-Randagong di Kampung Pukak di Kiulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia