Utusan Borneo (Sarawak)

1,100 individu, organisasi berpotensi timbulkan kekecohan PRU14: KPN

-

SUNGAI PETANI: Seramai 126 keluarga mangsa tsunami yang ditempatka­n di Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda dekat sini, tidak perlu lagi membayar ansuran bulanan RM50, berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pengecuali­an bayaran ansuran bulanan itu yang sepatutnya berbaki kira-kira-kira 10 tahun lagi susulan keputusan kerajaan persekutua­n yang menerima cadangan kerajaan negeri.

“Secara purata, tempoh pinjaman dan bayaran balik adalah selama 20 tahun dan masih berbaki lebih 10 tahun lagi untuk mereka membuat bayaran namun kini mereka tidak perlu lagi membuat bayaran bulanan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jelajah Muafakat Rakyat 2018 Dewan Undangan Negeri ( DUN) di Kota Kuala Muda di sini, semalam.

Susulan kejadian tsunami yang melanda beberapa kampung di Kota Kuala Muda pada 26 Dis 2004, sebuah taman perumahan dibangunka­n bagi menempatka­n mangsa yang rumah mereka terjejas teruk serta penduduk yang tinggal di kawasan berisiko dilanda tsunami.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri berhasrat mewujudkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di semua 15 kawasan DUN di negeri itu.

“Setakat ini rumah PPR hanya terdapat di tujuh kawasan DUN di negeri ini, kita akan bina lagi secara berperingk­at, hasrat saya jika kerajaan Barisan Nasional terus diberi mandat mentadbir Kedah saya mahu setiap DUN ada rumah PPR,” katanya.

Terdahulu beliau meluangkan masa bersarapan bersama rakyat di Pekan Tikam Batu, menghadiri perjumpaan santai bersama penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) DUN Pantai Merdeka di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Tikam Batu dan peniaga Arked Kota Kuala Muda serta bersama masyarakat dalam Jamuan Rakyat DUN Pantai Merdeka. — Bernama KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti kira-kira 1,100 individu dan organisasi yang berpotensi melakukan ‘serangan mengejut di saat akhir’ bertujuan menimbulka­n kekecohan pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14).

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ia berdasarka­n antara lain analisis dan rekod lampau individu dan organisasi berkenaan.

Menurutnya, serangan itu boleh didatangka­n dalam bentuk berita palsu di media sosial, pengundi hantu dan ancaman kumpulan militan Daesh.

“Kita bukan mengugut pihak terbabit sebaliknya mahu memastikan perjalanan PRU14 lancar dan rakyat berasa selamat,” katanya selepas merasmikan persidanga­n pesuruhjay­a polis, ketua polis, komander dan komandan di sini semalam.

Mohamad Fuzi berkata polis juga mengenal pasti 116 kawasan di Semenanjun­g dan 33 di Sabah dan Sarawak sebagai lokasi panas PRU14.

“Polis akan memberi fokus kepada kawasan yang dijangka ada pertanding­an sengit pada PRU14 ini demi menjaga ketenteram­an awam,” kata Mohamad Fuzi sambil menambah isu melibatkan perkauman juga perlu dipastikan tidak berlaku.

Polis, katanya akan bertindak terhadap pihak yang cuba mengganggu perjalanan PRU14 mengikut undangunda­ng sedia ada.

Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis telah mengenal pasti individu dan organisasi yang berpotensi melakukan serangan mengejut berkenaan untuk menimbulka­n kekecohan pada PRU14.

Beliau berkata ini berlaku pada pilihan raya lalu dengan dakwaan palsu kononnya 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke negara ini sebagai pengundi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia