Utusan Borneo (Sarawak)

PH Terengganu akui hadapi saingan sengit pada PRU14

-

KUALA TERENGGANU: Pakatan Harapan (PH) Terengganu mengakui bakal menghadapi saingan sengit pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU 14) apabila terpaksa berhadapan dengan Barisan Nasional ( BN) dan bekas rakan sekutunya dalam kem pembangkan­g iaitu PAS.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Pengerusi PH Terengganu dari Parti Amanah Negara ( AMANAH), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad bagaimana pun berkata PH menjangkak­an jika kemenangan berpihak kepada BN ia hanyalah kemenangan tipis dan majoriti kerusi yang dimenangi mungkin tidak banyak berubah berbanding PRU13.

“Kita akui PH Terengganu akan menghadapi saingan yang sengit dan hebat dan kita jangka jalan untuk memenangi PRU 14 (dan tubuhkan kerajaan di Terengganu) juga tidak mudah.

“Apa sekalipun keputusan yang berlaku saya rasa ia tidak akan jauh beza dengan antara pihak pembangkan­g dan kerajaan (BN), iaitu kemenangan mungkin tipis,” katanya dalam satu sidang media di sini semalam.

PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini mengumumka­n tidak akan menjalinka­n sebarang kerjasama dengan AMANAH selepas pengkhiana­tan yang dilakukan AMANAH terhadap parti itu.

Sementara itu katannya mengenai agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi PH, beliau berkata ia telah selesai manakala senarai nama calon yang bakal bertanding akan diumumkan selewat-lewatnya dua minggu lagi.

“Dari segi pengagihan kerusi kita dah selesai, tapi kita tak boleh dedahkan lagi sebab pusat belum umum secara rasmi kerana masih ada satu dua negeri yang belum selesai. Lepas pusat beri lampu hijau untuk buat pengumuman, kita akan buat.

“Dari segi persetujua­n, parti komponen kita semuanya dah setuju dan calon juga dah dikenal pasti walaupun masih dalam proses,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini telah berbincang dengan pusat untuk tentukan calon-calon yang akan dipilih malah mempunyai beberapa alternatif untuk setiap kerusi yang dipertandi­ngkan iaitu 32 Dun dan lapan parlimen.

Ditanya sama ada pembahagia­n kerusi antara parti gabungan menepati ramalan 11- 11- 10 sebagaiman­a digembar- gemburkan sebelum ini, katanya ia tidak mempunyai perbezaan yang jauh dengan jumlah itu.

“Dakwaan 11-11-10 tak jauh beza, kita akan buat pendekatan sama rata seberapa boleh, tak jauh beza, saya sendiri akan pertahanka­n kerusi Parlimen Kuala Terengganu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia