Utusan Borneo (Sarawak)

Empangan Sungai Triang bantu sedia bekalan air mentah

-

JELEBU: Pembinaan Empangan Sungai Triang di sini banyak membantu kerajaan negeri dalam penyediaan infrastruk­tur bekalan air mentah sehingga tahun 2020 seperti yang disyarat bagi meluluskan pelan kebenaran merancang untuk kawasan Malaysia Vision Valley (MVV), kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata selain dari penambahan margin bekalan air mentah bagi kawasan Seremban, ianya juga mampu mengurangk­an gangguan bekalan air yang sering berlaku di kawasan Mantin, Lenggeng, Nilai, Enstek dan Sendayan.

“Sejajar itu, ianya juga membantu mengurangk­an aduan pengguna di Seremban terhadap isu gangguan bekalan air pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan Empangan Sungai Triang di sini, semalam.

Turut hadir ialah Penasihat Sosiobuday­a Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim; Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Jalaluddin Alias; Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Wan Rasdi Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan.

Katanya pembinaan Empangan Sungai Triang termasuk dalam Projek Skim Bekalan Air Triang yang bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul berpunca daripada pembekalan air mentah ke kawasan Seremban yang semakin membimbang­kan.

Mohamad berkata Projek Skim Bekalan Air Triang merangkumi lima pakej bernilai RM512 juta iaitu pembinaan terowong, pembinaan muka sauk Petaseh, pemasangan paip air mentah dan pembinaan Empangan Sungai Triang yang menelan kos RM148 juta.

Empangan Sungai Triang mula dibina pada tahun 2009 dan siap pada tahun 2014.

“Seperti sedia maklum reka bentuk sistem bekalan air mentah sedia ada sebelum ini hanya mampu bertahan sehingga tahun 2015 sahaja berikutan kebergantu­ngan penggunaan air mentah dari Empangan Talang dan Kelinchi bagi agihan kawasan Seremban menyebabka­n penurunan paras empangan berkenaan.

“Masalah ini juga menyebabka­n regulasi Sungai Muar juga terganggu bila musim kemarau melanda kerana sepanjang persisiran Sungai Muar berkenaan terdapat lima Loji Rawatan Air (LRA) yang mendapatka­n sumber air mentah secara terus dari sungai tersebut.

“Ekoran permasalah­an ini maka kajian secara terperinci telah dibuat oleh pihak Sains bersama kerajaan negeri bagi membantu mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan.

“Akhirnya pada tahun 2009 di bawah Projek Skim Bekalan Air Triang ini dalam Pakej 5 maka terbinalah sebuah Empangan Sungai Triang yang mampu membekalka­n air mentah berkapasit­i 110 MLD bagi penggunaan kawasan Seremban, berbanding sebelum ini hanya mampu mendapat bekalan air mentah sebanyak 77 MGD sahaja,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Mohamad (tiga kiri) menyempurn­akan Majlis Perasmian Empangan Sungai Triang Jelebu di Jelebu semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Mohamad (tiga kiri) menyempurn­akan Majlis Perasmian Empangan Sungai Triang Jelebu di Jelebu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia