Utusan Borneo (Sarawak)

761 projek ditangguh kelulusan bekalan air di Selangor: Noh

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 761 projek baharu di Selangor masih ditangguhk­an kelulusan bekalan air sehingga Januari lepas melibatkan keperluan bekalan air sebanyak 467 juta liter, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata daripada jumlah ini, sebanyak 40 peratus atau 305 projek adalah berkaitan pembanguna­n projek perumahan pangsapuri dan teres.

“Memang jelas sekali, bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), mengatakan Selangor menghadapi masalah air kritikal, tetapi Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tak nak terima kenyataan, malah beliau ego,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan­Pertanyaan Menteri.

Beliau menjawab soalan Budiman Mohd Zohdi (BNSungai Besar) yang ingin tahu sama ada kementeria­n menerima rungutan daripada pemaju perumahan yang gagal menyiapkan pembanguna­n akibat masalah air di Selangor.

Mengulas lanjut, Noh mengakui sememangny­a kementeria­n ada menerima rungutan dan rasa tidak puas hati daripada pemaju kerana terpaksa memohon Lanjutan Masa ( EOT) bagi mengelak dikenakan denda lewat serah milikan disebabkan krisis air di negeri berkenaan.

Berikutan krisis air Selangor, Noh berkata ia bukan sahaja melibatkan projek pe- rumahan tetapi pembanguna­n perbandara­n, projek komersil dan perindustr­ian.

Beliau berkata krisis itu juga akan menyebabka­n pihak luar sukar untuk melabur di negeri itu.

Katanya, Selangor yang dahulunya negeri maju kini berada di kedudukan keempat berbanding Johor di kedudukan pertama, diikuti Pulau Pinang dan Sarawak di tempat ketiga.

Noh berkata walaupun terdapat 20 projek di Sarawak, namun nilainya adalah RM10.5 bilion dengan purata setiap projek adalah RM525 juta.

“Di Selangor, walaupun ada 202 projek, tetapi pelaburann­ya adalah RM5.5 bilion sahaja bermakna purata satu projek adalah RM27.2 juta,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia