Utusan Borneo (Sarawak)

Jerman mula misi pertahan Piala Dunia dengan dua aksi persahabat­an menentang Sepanyol dan Brazil

-

BERLIN: Penyerang Jerman Thomas Mueller menjangka dendam akan menjadi faktor apabila pasukannya menentang Brazil buat pertama kali sejak mereka memalukan pasukan Amerika Selatan itu 7- 1 pada peringkat separuh akhir Piala Dunia 2014.

J e r m a n b i m b i n g a n Joachim Loew mula mengemaski­nikan persiapan untuk mempertaha­nkan Piala Dunia di Rusia dengan dua perlawanan persahabat­an berprofil tinggi menentang Sepanyol di Duesseldor­f pada malam ini ( Jumaat) dan Brazil di Berlin pada Selasa ini.

Sepanyol, juara Piala Dunia 2010, mendapat peluang pertama untuk menamatkan siri tanpa kalah Jerman dalam 21 perlawanan berturut- turut, yang bermula selepas mereka dikalahkan oleh Perancis pada peringkat separuh akhir Euro 2016.

Bagaimanap­un, perlawanan empat hari kemudian di Stadium Olimpik, Berlin, memberi peluang yang unik kepada Brazil untuk menewaskan Jerman di halaman mereka sendiri dan membalas dendam ke atas kekalahan memalukan di Belo Horizonte hampir empat tahun lalu.

“S u d a h t e n t u l a h anda dapat bayangkan b a h a w a keaiban itu amat teruk sekali sel e p a s k a l a h d a l a m perlawanan separuh akhir P i a l a Dunia di tanah air sendiri,” kata Mueller yang menjaringk­an gol pertama dalam perlawanan itu.

“Brazil benar- benar sebuah negara yang gila bola sepak dan tekanan ke atas mereka amat kuat sekali.

“Bagaimanap­un perjalanan kami belum berakhir dan bagi kami, ia hanya satu langkah menuju ke peringkat akhir.”

Perlawanan menentang Sepanyol dan Brazil merupaerup­akan peluang terakhir Loew untuk menilai pilihannya annya sebelum dia memilih skuad kuad Piala Dunia Jerman pada ada 15 Mei.

“Dua perlawanan n terbaik menunggu kami – kami akan menentang pasukan cemerlang. Ia menyeronok­kan untuk bertanding dengan pasukan terbaik,” ” ujar Mueller, penyyerang Bayern Munich. h.

“Semua kami memiliki miliki mentaliti bahawa kami sentiasa mahu menang, g, itulah sebabnya kenapa kami k i adalah elit. Persaingan di dalam skuad adalah cara untuk mengekalka­n ketinggian tahap prestasi.

“Tidak ada orang yang mampu untuk relaks, semua orang dicabar.

“Kami bukan hanya memiliki lapan atau 11 pemain bagus, lebih seperti 20 atau 25.

“Ia adalah situasi yang baik untuk dihadapi jurulatih. Namun ini adalah peluang untuk menunjukka­n apa yang kami dapat buat bila menentang pasukan lawan besar dalam perlawanan besar.”

Bagaimanap­un nama besar tidak ada dalam pasukan y a n g m me e - m e - nangi Piala Dunia sebanyak empat kali itu.

Dua pemain Borussia Dortmund, Mario Goetze, yang menjaringk­an gol kemenangan dalam perlawanan akhir 2014 menentang Argentina, dan Marco Reus tidak dipanggil untuk memberi tumpuan kepada prestasi mereka pada peringkat kelab.

Kapten Jerman, Manuel Neuer, yang kali terakhir bermain dalam perlawanan antarabang­sa pada Oktober 2016, masih tidak dapat bermain kerana keretakan tulang kaki yang dia alami pada September lalu.

Loew juga mesti memutuskan sama ada Sandro Wagner atau Mario Gomez akan pergi ke Rusia sebagai sokongan kepada penyerang pilihan pertama Timo Werner.

Demikian juga pemain Paris Saint-Germain, Kevin Trapp, dan Bernd Leno dari Bayer L Leverkusen merebut tempat p penjaga gol ketiga di belaka belakang Neuer, penjaga gol pilihan pertama, da dan penjaga gol simp panan Marc- Andre t ter Stegen.

“Saya gembira kerana saya tidak perlu memutuskan siapa yang akan pergi,” pemain tengah Jerman sami K Khedira mengakui ke kepada majalah Sport Bil Bild. Sep Seperti apa yang diakui pe pemain Juventus itu, tiket pe percuma tidak ada” k ke R Rusia i bagi mana- mana bintang Jerman.

Pemain tengah Liverpool Emre Can tidak mengikuti latihan kelmarin kerana kesakitan kecil pada bahagian belakang, manakala pemain Bayern, Sebastian Rudy, akan lambat menyertai skuad kerana dia menunggu kelahiran anaknya. — AFP

Sudah tentulah anda dapat bayangkan bahawa keaiban itu amat teruk sekali selepas kalah dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia di tanah air sendiri. Thomas Mueller Penyerang Jerman

BUENOS AIRES: Gonzalo Higuain hampir bersara dua tahun lalu tetapi diyakinkan untuk terus bermain oleh ibunya yang sangat uzur, kata penyerang Argentina itu kepada saluran televisyen TyC Sports kelmarin.

Penyerang Juventus berusia 30 tahun itu menghadapi waktu yang sukar ketika itu bersama pasukan kebangsaan, yang sudah tewas dalam tiga perlawanan akhir besar berturut-turut – Piala Dunia 2014 kepada Jerman dan dua kekalahan berturut-turut dalam Copa America kepada Chile dalam masa dua tahun berikutnya.

Higuain dikritik oleh media dan penyokong dan keuzuran ibunya amat membimbang­kannya.

“Saya berada pada tahap terendah, tetapi pada akhirnya ibu saya semakin pulih, syukur kepada Tuhan. Dia sihat sekarang,” kata Higuain kepada saluran Argentina berkenaan.

“Apabila saya dimaklumka­n tentang keseriusan penyakitny­a, selepas perlawanan akhir Copa America (2016) di Amerika Syarikat, saya hampir hendak bersara, tetapi dia meminta saya untuk terus bermain.”

Walaupun menjaringk­an 31 gol dalam 69 perlawanan antarabang­sa, Higuain tidak bermain untuk Argentina selama sembilan bulan tetapi merupakan sebahagian daripada skuad yang bakal menentang Itali dalam perlawanan persahabat­an menjelang Piala Dunia di Manchester pada malam ini (Jumaat).

Walaupun dia gembira kerana dipanggil oleh jurulatih Jorge Sampaoli, Higuain menegaskan “kehidupan bukan 100 peratus mengenai bola sepak”.

“Terima kasih kepada keluarga saya, saya lebih kuat sekarang, kerana saya pernah menempuh waktu yang susah – saya banyak menderita bersama pasukan kebangsaan,” ujarnya.

“Saya gembira, keadaan berjalan dengan baik untuk saya. saya suka sekali kembali dalam skuad kebangsaan, saya merinduiny­a.” — AFP

 ??  ?? MUELLER
MUELLER
 ??  ??
 ??  ?? HIGUAIN
HIGUAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia