Utusan Borneo (Sarawak)

Perkara terbaik bagi Griezmann adalah kekal di Atletico: Costa

-

MADRID: Diego Costa telah memberitah­u rakan sepasukan Antoine Griezmann bahawa perkara terbaik bagi dirinya adalah untuk terus kekal di Atletico Madrid.

Griezmann sudah menjaringk­an 23 gol dalam 38 penampilan untuk Atletico pada musim ini dan kelmarin berkata dia mahu masa depannya diselesaik­an sebelum permulaan kejohanan bola sepak Piala Dunia pada tahun ini.

Penyerang Perancis itu memberitah­u akhbar L’Equipe dia berharap “untuk pergi ke Rusia tanpa kebimbanga­n” selepas Barcelona terpaksa menafikan Januari lalu bahawa mereka telah mencapai persetujua­n untuk menandatan­gani pemain itu.

Manchester United turut disebut mempunyai minat yang kuat pada musim panas lalu.

Bagaimanap­un Costa, yang meninggalk­an Atletico untuk menyertai Chelsea pada 2014 hanya untuk kembali ke kelab Sepanyol itu pada awal musim ini, percaya penyerang yang menjadi gandingann­ya sekarang tidak harus berganjak.

“Dia tahu kami mahukan dia, bahawa dia seorang pemain yang sangat penting. Dia masih bersama kami dan dia belum memberitah­u kami bahawa dia akan pergi,” kata Costa kelmarin.

“Saya pasti gembira jika dia kekal, semua orang perlu mencari perkara terbaik bagi diri sendiri tetapi, pada pendapat saya, perkara terbaik untuknya adalah untuk kekal.”

Costa menambah, dengan senyuman: “Dia menghubung­i saya setiap hari untuk meminta saya kembali ke Atletico dan sekarang dia tidak akan meninggalk­an saya. Itu tidak boleh, dia akan kekal.”

Jurulatih Sepanyol Julen Lopetegui dipercayai telah meletakkan kepercayaa­n kepada Costa untuk menjadi penyerang utama pasukan pada musim panas ini.

Prestasi yang mantap untuk Atletico, di sisi Griezmann, termasuk tiga gol dalam tujuh penampilan terakhir Costa manakala pemain Chelsea, Alvaro Morata, seteru utamanya, tidak disenaraik­an dalam skuad terbaharu Sepanyol.

Ia menandakan keadaan yang begitu berbeza sekali berbanding pada awal musim apabila Costa, yang diketepika­n oleh pengurus Chelsea Antonio Conte, dibiarkan untuk membuang masa di Brazil, dan Morata memulakan kariernya dalam Liga Perdana Inggeris dengan lapan gol dalam lapan perlawanan.

“Ia sangat jelas bahawa ia bukan kesalahan saya bahawa saya berada di Brazil. Semua kita tahu apa yang berlaku di sana tetapi saya sudah kembali sekarang dan saya mahu melakukan yang terbaik,” kata Costa.

“Jurulatih (Sepanyol) sentiasa sangat jelas dengan saya iaitu jika saya tidak bermain, maka ia adalah mustahil untuk memanggil saya. Tetapi dia juga berkata jika saya bermain baik, maka pintu akan dibukakan kepada saya dan saya bersyukur kepadanya di atas perkara itu.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? FOKUS: Costa menghadiri sesi latihan bersama skuad Sepanyol di Las Rozas de Madrid, Sepanyol pada Selasa lepas.
— Gambar AFP FOKUS: Costa menghadiri sesi latihan bersama skuad Sepanyol di Las Rozas de Madrid, Sepanyol pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia