Utusan Borneo (Sarawak)

Wilshere enggan bercakap mengenai impian England di Rusia

-

BURTON- ON- TRENT: Pemain tengah England Jack Wilshere enggan bercakap mengenai jangkaan di kejohanan akhir bola sepak Piala Dunia tetapi percaya pertanding­an di Rusia itu boleh menjadi batu loncatan ke arah masa depan yang lebih cerah bagi pasukan mentah Gareth Southgate.

Pemain Arsenal itu berharap untuk bermain buat pertama kalinya sejak hampir dua tahun bersama pasukan kebangsaan dalam perlawanan persahabat­an menentang Belanda dan Itali selepas dia berusaha untuk mendapatka­n semula tempatnya dalam m pasukan Arsene Wenger ger pada musim ini.

Skuad yang disertai i semula oleh Wilshere berbeza b sekali berbanding skuad yang dia pertama kali sertai sebagai seorang pemain berusia 18 tahun yang mempunyai potensi tinggi pada 2010.

Tanpa penyerang tonggak Harry Kane yang mengalami kecederaan, kumpulan Southgate yang terdiri d a r i - pada d 27 pemain ternyata tidak ada ramai pemain yang bermain dengan kerap pada peringkat tertinggi.

“Ia berbeza sama sekali. Saya ingat kali pertama saya menyertai skuad England, saya makan malam buat pertama kali dan di sana terdapat (Wayne) Rooney, (Frank) Lampard, (Steven) Gerrard, ( Rio) Ferdinand, ( John) Terry – pemain-pemain besar yang saya telah lihat sewaktu membesar,” kata Wilshere di pusat latihan England.

“Sekarang rasanya lain. Terdapat lebih ramai pemain muda, saya rasa ia lebih menyerupai sebuah kumpulan dan rancangan lebih menjurus ke arah masa depan.”

Kali terakhir Wilshere memakai jersi England a adalah dalam perlawanan ya yang ingin dilupakan apabila pasukan Roy Hodgson dim dimalukan 2-1 oleh Iceland di Euro 2016 – seterusnya melanjutka­n penantian lama England bagi kemenangan pertama pada fasa kalah mati kejohanan besar, sesuatu yang mereka tidak pernah capai sejak 2006.

Dia menegaskan bahawa jangkaan besar tidak harus diletakkan ke atas bahu skuad muda, walaupun mencapai keputusan cemerlang di kejohanan remaja yang telah memberi harapan bagi masa depan yang lebih cerah.

Pasukan- pasukan England Bawah 20 dan Bawah 17 memenangi Piala Dunia masing-masing pada tahun lepas.

“Piala Dunia merupakan s e s u a t u yang amat p e n t i n g bagi kami dan kami mahu berjaya. Kami tidak mahu menetapkan sebarang s a s a r a n un- tuk diri sendiri tetapi saya rasa kemaraan selepas Piala Dunia, kumpulan ini berada dalam kedudukan yang baik,” katanya. “Jika anda lihat sejak beberapa tahun lalu, terutamany­a Rio (selepas Piala Dunia 2014) – kami yakin ketika menyertain­ya tetapi ia tidak berjaya. Dan dengan kumpulan pemain ini, ia pasti tidak adil.” Keadaan m u n g - kin berbeza bagi Wilshere jika dia menerima taw a r a n W e n g e r untuk meninggalk­an Arsenal pada permulaan musim.

“Saya tidak dimasukkan ke dalam pasukan Arsenal dan pengurus kata saya boleh pergi jika saya mahu,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

“Saya berada dalam kedudukan di mana saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada musim akan datang.”

Masa depan Wilshere sekali lagi berada di awangawang­an. Kontraknya dijangka tamat pada hujung musim ini, yang bermakna dia mungkin menjadi ejen bebas ketika di Piala Dunia nanti.

Dia berharap untuk menyetujui perjanjian sebelum dia berlepas ke Rusia.

“Saya mahu pergi ke Piala Dunia dan menikmatin­ya tetapi kita ada masa tiga bulan sebelum itu dan banyak perkara boleh berlaku. Secara idealnya dari sudut pandangan saya dan sudut pandangan kelab, mereka mungkin mahu menyelesai­kannya.”

Dalam karier yang dicemari kecederaan, Wilshere berjaya mempamerka­n prestasi dan kecergasan yang berpanjang­an, dengan 31 penampilan pada musim ini.

Penderitaa­n England mungkin keuntungan Wilshere, kerana kekurangan persaingan bagi tempat di bahagian tengah bermakna dia kini berada pada kedudukan yang baik untuk sekurang-kurangnya diberi tempat dalam skuad Southgate pada musim panas ini.

“Saya selama ini yakin dengan diri sendiri dan merasakan jika saya dimasukkan, saya dapat mempamerka­n permainan yang akan memberi peluang kepada saya untuk kembali ke sini bersama England,” katanya.

“Saya selama ini memang suka sekali bermain untuk England. Ia adalah peringkat tertinggi bagi mana-mana pemain. Saya berada pada usia sekarang di mana saya faham dan ia amat bermakna bagi saya.” — AFP

 ??  ?? WILSHERE
WILSHERE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia