Utusan Borneo (Sarawak)

Argentina berdepan Itali pada perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Stadium Etihad, Manchester pada malam ini

-

MANCHESTER: Lionel Messi memulakan kempen untuk menebus diri di Piala Dunia pada malam ini ( Jumaat) apabila Argentina bermain dengan Itali dalam perlawanan persahabat­an glamor, terdesak untuk memenangi hadiah antarabang­sa utama bagi melengkapk­an kariernya yang gilang-gemilang.

Ketika menyarung jersi Barcelona, Messi hanya mengalami kejayaan sahaja, dengan memenangi lapan kejuaraan La Liga dan empat mahkota Liga Juara-Juara, selain menerima anugerah Ballon d’Or FIFA sebanyak lima kali.

Namun menyarung jersi jalur biru dan putih Argentina telah memberi beberapa waktu yang sangat menyakitka­n dalam kariernya kepada penyerang itu.

Messi, yang jarang sekali dapat mencapai tahap tinggi yang sama bersama Argentina seperti apa yang dia capai secara rutin bersama Barcelona, kadang-kadang menerima kritikan yang pedas daripada penyokong ‘albicelest­e’.

Tidak ada orang yang akan mempertika­ikan status Messi sebagai salah seorang legenda sepanjang zaman, tetapi ramai di Argentina percaya dia tidak boleh dilihat pada tahap yang sama dengan Diego Maradona selagi dia tidak memenangi kejohanan besar bersama negaranya, seperti apa yang dilakukan oleh rakan senegarany­a di Piala Dunia 1986.

Memburukka­n l agi kekecewaan, Messi tewas dalam tiga perlawanan akhir besar berturut-turut bersama Argentina apabila kejuaraank­ejuaraan Piala Dunia 2014 dan 2015 serta Copa America 2016 terlepas daripada genggamann­ya.

“Saya menangis banyak kali disebabkan oleh perlawanan seperti ini, kerana kekalahan dalam perlawanan akhir, kerana maknanya dan kerana tidak dapat mencapai impian sebuah negara. Ia adalah tamparan yang sukar untuk diterima,” kata Messi baru-baru ini dalam program televisyen di Argentina, La Cornisa.

Piala Dunia terakhir amat mengecewak­an bagi Messi apabila dia melepaskan peluang keemasan untuk meletakkan Argentina di hadapan dalam perlawanan akhir menentang Jerman, yang seterusnya menang 1-0 dalam masa tambahan.

Ia sudah cukup buruk, tetapi buat pertama kali dalam kariernya, dia gagal menyempurn­akan tendangan dalam penentuan tendangan penalti apabila Argentina ditewaskan oleh Chile dalam perlawanan akhir Copa America dua tahun lalu.

Walaupun Messi masih di kemuncak prestasiny­a, pemain berusia 30 tahun itu menyedari Piala Dunia di Rusia, yang bermula Jun depan, mungkin peluang terakhirny­a untuk menju- lang trofi emas yang terkenal itu.

Dia akan menghampir­i waktu senja dalam kariernya pada waktu edisi 2022 bermula di Qatar.

Messi juga pasti menyedari bahawa rakan- rakannya dalam pasukan Argentina, Sergio Aguero, Gonzalo Higuain, Angel Di Maria, Nicolas Otamendi dan Javier Mascherano akan berusia 30 tahun atau lebih pada tahun ini.

“Sudah tentulah kita bergantung kepada keputusan dan oleh itu pemikiran dalam kumpulan ini ialah selepas berjaya untuk mara ke tiga perlawanan akhir tetapi tidak dapat menang dan itu pun orang menyebut banyak perkara mengenai kami, jika kami tidak menjadi juara, makan kami tidak akan mendapat satu lagi peluang,” kata Messi.

Selepas berjaya mara ke kejohanan akhir hasil jaringan hatrik Messi dalam kemenangan 3-1 ke atas Ecuador pada Oktober lalu, Argentina memberi tumpuan kepada usaha untuk mencapai kemuncak prestasi di Rusia, di mana mereka a akan menen- tang Croatia, a, Iceland dan n Nigeria pada p e r i n g k a t kumpulan.

P e r t a m a sekali ialah ujian menarik menentang pasukan Itali yang gagal al untuk layak ke Piala Dunia.

Pengurus Argentina Jorge Sampaoli percaya perlawanan di stadium Manchester City itu akan membantu menajamkan pasukannya sebelum perlawanan persahabat­an kedua di Sepanyol pada minggu depan. “Setiap perlawanan dan sesi latihan amat penting bagi ka kami dalam persiapa siapan untuk Piala Dun Dunia. Bermain m menentang Itali, di sebuah venue yang penting se seperti Stadium Etihad, adalah satu jemputan ke satu acara yang hebat,” katanya. “S e t i a p warga Argentina di dunia mahu berada d di sana apabila pasu pasukan kebangsaan bermain. Kami pasti mereka akan mengiringi kami untuk perlawanan ini.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuetrs ?? MISI TEBUS DUKA: Messi menghadiri sesi latihan bersama skuad Argentina menjelang aksi persahabat­an antarabang­sa menentang Itali di Stadium Etihad, had, Manchester pada malam ini.
— Gambar Reuetrs MISI TEBUS DUKA: Messi menghadiri sesi latihan bersama skuad Argentina menjelang aksi persahabat­an antarabang­sa menentang Itali di Stadium Etihad, had, Manchester pada malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia