Utusan Borneo (Sarawak)

Sanchez akui lalui permulaan ‘sukar’ di Old Trafford

-

SANTIAGO: Alexis Sanchez kelmarin mengakui dia memulakan kehidupan yang ‘sukar’ di Manchester United (MU) di mana dia menjaringk­an hanya satu gol sahaja dalam 10 perlawanan sejak perpindaha­nnya yang lumayan dari Arsenal pada Januari lalu.

Penyerang Chile yang berbadan kecil itu mengundang kritikan dengan beberapa permainan yang hambar ketika MU bergelut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan disingkirk­an dari Liga Juara-Juara oleh Sevilla pada bulan ini.

“Ia sukar sedikit bagi saya kerana ini adalah kali pertama saya menukar pasukan pada Januari,” kata Sanchez kepada pemberita di Stockholm di mana Chile sedang bersiap sedia untuk menentang Sweden esok (Sabtu).

Dia berkata dia “menjangkak­an sesuatu yang lebih baik” daripada dirinya sendiri dalam tempoh beberapa bulan pertama di bawah Jose Mourinho.

“Ia sangat sukar, kami tersingkir dari Piala Dunia, saya tiba di kelab saya iaitu Arsenal ketika itu, saya mengalami kecederaan,” renung pemain berusia 29 tahun itu, yang pada permulaan musim hampir menyertai Manchester City bimbingan Pep Guardiola.

“Pada satu peringkat, perpindaha­n itu tidak menjadi, saya tidak pergi ke pasukan yang satu lagi dan pada akhirnya, saya berada dalam pasukan iaitu United, salah satu kelab terbesar di dunia.”

Jauh dari MU, Sanchez berharap untuk kembali ke landasan kemenangan bersama Chile dalam perlawanan pertama di bawah bimbingan jurulatih dari Colombia, Reinaldo Rueda.

Pasukan itu mengalami perbalahan dalaman ekoran penyingkir­an mereka dari Piala Dunia, selain keengganan penjaga gol Claudio Bravo untuk menyertai jelajah Eropah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia