Utusan Borneo (Sarawak)

Osaka ketepi Serena di Terbuka Miami

-

MIAMI: Serena Williams tersingkir dari kejohanan tenis Terbuka Miami pada pusingan pertama di sini kelmarin selepas dia mengalami kekalahan ‘straight set’ kepada pemain berusia 20 tahun dari Jepun Naomi Osaka dalam rintangan terbaharu kepada penampilan semula bekas pemain nombor satu dunia itu.

Osaka, yang memenangi kejuaraan besar pertamanya di Indian Wells pada hujung minggu lepas, mempamerka­n prestasi yang lebih baik sepanjang perlawanan dan wajar sepenuh- nya untuk menang 6-3, 6-2 dalam masa hanya sejam 17 minit sahaja.

Ia adalah perlawanan keempat Wil- liams dan penampilan dalam kejohanan kedua sejak dia kembali setelah 13 bulan bercuti selepas bersalin – namun perger- akan dan kegagalan pemain Amerika itu untuk bertahan dalam rali membayangk­an penampilan­nya semula mungkin lebih mencabar berbanding apa yang dijangkaka­n.

Kekalahan itu adalah yang pertama dalam tempoh 21 tahun di mana Williams tewas dalam perlawanan pertamanya di kejohanan gelanggang keras Amerika.

Williams, 36, mungkin diberi status pemain bukan pilihan secara tidak adil di sini kerana dia tidak beraksi sejak setahun lalu, tetapi tidak merungut mengenai kekalahan itu.

Ketika dia tampil semula di Indian Wells, dia mara ke pusingan ketiga, di mana dia tewas kepada kakaknya Venus dalam ‘straight set’.

Bermain menentang Osaka memang satu tugasan yang dijangka sukar – dan ia ternyata sukar.

Williams enggan bercakap kepada media selepas itu. WTA dan kejohanan itu akan memutuskan sama ada dia akan didenda ataupun tidak, dengan kos yang dijangka kira- kira AS$ 1,000 (RM3,800). — AFP

 ??  ?? OSAKA
OSAKA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia