Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet perlu berusaha capai kecemerlan­gan sukan: Lau

-

SIBU: Presiden Persatuan Bola Tampar Sarawak Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming menyeru para atlet agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan demi kecemerlan­gan dalam kerjaya sukan mereka.

Beliau berkata, kejayaan dan kemenangan tidak akan datang tanpa usaha gigih.

“Sentiasa fokus terhadap sesuatu yang anda inginkan. Kecekalan dan kesungguha­n dapat menewaskan kegagalan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menutup program kem latihan bola tampar un- tuk kategori bawah 14, 16, 21 tahun dan kategori terbuka yang diadakan di Stadium Bola Tampar Sibu di Taman Rajang di sini, kelmarin.

Hadir sama Presiden Persatuan Bola Tampar Sibu Dr William Ting dan Pengerusi Dato Moh Wung Ming.

Seramai 53 pemain terdiri daripada 30 lelaki dan 20 perempuan mengambil bahagian dalam kem latihan yang dikendalik­an oleh tujuh jurulatih termasuk dua dari Thailand.

Mengambil contoh jaguh badminton perseorang­an negara Datuk Lee Chong Wei, Lau menegaskan kejayaan yang dikecapi beliau bukan hadir dengan mudah.

“Selain bekerja keras, dia melakukan banyak pengorbana­n dan ini berlarutan selama bertahun-tahun.

“Apabila anda bermain sebagai satu pasukan, ingatlah bahawa jangan cuba menjadi seorang hero ketika bermain yang memerlukan usaha gabungan semua pemain,” tegas beliau.

Tambahnya, pemain yang terlalu mementingk­an diri sendiri tidak akan pergi jauh dalam kariernya.

Lau juga mahu melihat pasukan bola tampar negeri mengecapi semula zaman kegemilang­annya selaku kuasa sukan tersebut suatu ketika dahulu.

Katanya, Sarawak pernah menjadi juara selama bertahun-tahun dan beliau mahu para pemain terus melangkah ke hadapan termasuk mengambil bahagian di peringkat Asia atau Asia Pasifik.

 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Lau ( tengah) memberikan katakata semangat kepada para pemain. Turut kelihatan (dari kiri) Ting dan Moh.
SELAMAT MAJU JAYA: Lau ( tengah) memberikan katakata semangat kepada para pemain. Turut kelihatan (dari kiri) Ting dan Moh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia