Utusan Borneo (Sarawak)

Malcom tepati ramalan juara golf Terbuka Amatur Remaja Sarawak

-

KUCHING: Pemain remaja kelahiran Miri, Malcom Ting menepati ramalan apabila berjaya menjulang kejuaraan Kejohanan Golf Terbuka Amatur Remaja Sarawak 2018 yang berakhir di Damai Golf and Country Club (DGCC) semalam.

Malcom merangkul gelaran juara keseluruha­n selepas merekod skor 225 selama tiga hari kejohanan.

Beliau turut mengunggul­i kategori Remaja Lelaki A manakala Giannino Foo Chee Ming di tempat kedua dengan skor 246 (OCB) dan Ahmad Adib Ridhwan tempat ketiga.

Turut mencuri tumpuan, pemain berusia 15 tahun, Zulaikah Nurziana Nasser yang mendominas­i kategori Perempuan A sejak dari hari pertama.

Zulaikah memastikan kejuaraan menjadi miliknya dengan kutipan skor 221.

Kejayaan itu juga membolehka­n beliau dinobatkan juara keseluruha­n dalam kategori perempuan meskipun dicabar sengit Noor Arina Ibrahim dan Nicole Wong Yen Ping yang masingmasi­ng menduduki tempat kedua dan ketiga.

Dalam persiangan kategori Remaja Lelaki ( Special), Aziel Teo memecut pada hari terakhir untuk mengumpul 232 skor sekali gus bergelar johan.

Steven Hii dengan skor 234 di tempat kedua manakala Mohd Amirul Fadhlan berpuas hati di tempat ketiga.

Aksi Remaja Lelaki B pula menyaksika­n Derrick Kong muncul pemenang dengan skor 254, Elden Sim tempat kedua dengan skor 256 dan Wesley Chai tempat ketiga.

Saxen Hii Shang Yao pula cemerlang dengan menjuarai kategori Remaja Lelaki C selepas meraih 231 skor manakala Kulleh Tajang yang mengutip 281 skor muncul juara kategori Remaja Lelaki D.

Dalam kategori Perem- puan C, Mirabel Ting Ern Hui berjaya mengekalka­n rentak cemerlang sekali gus muncul juara dengan kutipan skor 222.

Beliau mengatasi Rania Rafify di tempat kedua dengan skor 271 disusuli Ho Xunyi tempat ketiga.

Persaingan kategori Perempuan B tidak kurang menarik dengan Angel Hii mencetak kemenangan bergaya selepas mengumpul skor 238.

Angeline Jerembai Ong di tempat kedua dengan 271 skor dan Amber Tho Eu Mei tempat ketiga.

Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC), Edwin Abit menyampaik­an hadiah bagi mewakili Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain.

Turut hadir Setiausaha Persatuan Golf Sarawak (SGA), Sahary Alias.

Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh melahirkan rasa puas hati dengan perjalanan penganjura­n kejohanan selama tiga hari itu meskipun hujan lebat sedikit mengganggu perlawanan akhir pagi semalam.

 ??  ?? TAHNIAH: Malcom (dua kiri) dan Zulaikah (tiga kanan) bergambar kenangan bersama Edwin (tiga kiri), Roslan (dua kanan) dan Sahary (kiri) selepas majlis penyampaia­n hadiah.
TAHNIAH: Malcom (dua kiri) dan Zulaikah (tiga kanan) bergambar kenangan bersama Edwin (tiga kiri), Roslan (dua kanan) dan Sahary (kiri) selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia