Utusan Borneo (Sarawak)

Fazzrudin puas hati prestasi semasa skuad Kuching FA

-

KUCHING: Pengurus Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman berpuas hati dengan prestasi skuadnya dalam aksi Piala FAM 2018 yang sedang berlangsun­g rancak ketika ini.

Jelasnya, komitmen padu serta semangat tinggi ditampilka­n pemain dan barisan kejurulati­han membolehka­n skuad itu mendominas­i carta teratas Kumpulan A setakat ini dengan kutipan tujuh mata hasil dari dua kemenangan dan sekali seri.

“Kedudukan teratas dalam Kumpulan A menjadi pembakar semangat kepada pemain-pemain untuk memberikan usaha yang lebih lagi dalam latihan.

“Momentum dan keadaan latihan amat positif sekali. Ini perkembang­an yang sangat baik dan saya mahu ia diteruskan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu, suasana harmoni selain semangat berpasukan ditunjukka­n pemain baik di dalam mahupun di luar padang menjadi tunjang kekuatan Kuching FA hingga mampu pergi sejauh ini.

Justeru, Fazzrudin mahu pemain mengekalka­n semangat itu sampai bila-bila untuk memastikan Kuching FA boleh pergi jauh kagi dalam kempen kali ini.

“Saya harap pemain tidak cepat berpuas hati dengan kedudukan kita ketika ini.

“Masih banyak lagi perla- wanan perlu kita tempuhi dan ia menuntut komitmen padu semua pemain,” katanya lagi.

Kuching FA mengutip satu mata berharga selepas mengikat ATM tanpa jaringan pada perlawanan Ahad lepas di Stadium MINDEF.

Terdahulu, skuad kendalian Sahrizan Sahari nenewaskan MBKP BRI-UBES 2-1 pada aksi pembuka tirai di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu pada 25 Februari.

Ia disusuli kemenangan 2-1 ke atas Selangor United di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 11 Mac.

Kuching FA akan meneruskan kempen menentang Shahzan Muda di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 1 April depan.

 ??  ?? TERUS BERSEMANGA­T: Kuching FA berada pada prestasi terbaik ketika ini.
TERUS BERSEMANGA­T: Kuching FA berada pada prestasi terbaik ketika ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia