Utusan Borneo (Sarawak)

Kembali untuk musim kedua, janji persaingan lebih sengit

-

SETELAH mencetuska­n fenomenany­a yang tersendiri dalam dunia hiburan sejak diterbitka­n pada April tahun lalu, ‘Gema Gegar Vaganza’ (GGV) kini kembali untuk musim kedua dengan menampilka­n barisan 11 peserta yang terdiri daripada enam peserta berkumpula­n.

Mereka adalah Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah serta Heliza & Hazwani (pasangan duo) dan lima peserta solo iaitu Adeep Nahar, Awi Rafael, Farah Asyikin, Fitri Haris dan Ippo Hafiz.

GGV musim kedua akan dipancarka­n secara langsung selama tujuh minggu dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu bermula 31 Mac 2018, jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, ‘on demand’.

Masih mengekalka­n tema ‘Gema Irama Terindah’, setiap peserta akan diberi tugasan berdasarka­n tema mingguan yang telah ditetapkan.

Mereka bebas untuk memberi nafas baharu terhadap lagu tugasan tersebut mengikut pada kreativiti masing-masing.

Seleksi lagu yang dipersemba­hkan di pentas GGV musim kedua terdiri daripada pelbagai genre lagu yang mempunyai lirik dan mesej positif, serta dipersemba­hkan berlandask­an batas-batas yang dibenarkan dalam agama Islam.

Daripada segi pemilihan peserta pula, sama seperti musim sebelum ini, GGV musim kedua sekali lagi membuka pintu dan mengalu-alukan kehadiran semua anak seni yang mempunyai lagu dengan lirik positif tanpa batasan umur mahupun genre muzik yang dibawa.

Untuk makluman, kesemua 11 peserta GGV musim kedua berjaya melepasi sesi uji bakat tertutup baru-baru ini di mana prestasi terkini dan potensi bakat mereka dinilai agar sesuai untuk diketengah­kan di pentas GGV musim kedua.

Peserta akan diadili sepenuhnya oleh dua orang Juri Tetap iaitu komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fattah dan anak seni yang cukup disegani di Indonesia, Oki Setiana Dewi serta seorang Juri Jemputan pada setiap minggu.

Manakala, tugasan selaku Pengacara program pula digalas oleh penyanyi popular, Siti Nordiana serta pelawak dan pelakon, Fikry Ibrahim.

Turut sama sebagai pengacara bersama Siti Nordiana dan Fikry adalah Fakhrul UNIC.

Juara Gema Gegar Vaganza musim kedua akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi sementara Naib Juara (RM30,000 dan sebuah trofi), Tempat Ketiga (RM20,000 dan sebuah trofi), Tempat Keempat (RM15,000 dan sebuah trofi), Tempat Kelima (RM10,000 dan sebuah trofi) manakala Tempat Keenam (RM5,000 dan sebuah trofi).

‘Beauty Kaseh’, pengeluar produk minuman tambahan dan penjagaan wajah, hadir sebagai Penaja Utama GGV musim kedua sementara radio ‘Zaayan’ dan ‘Gegar’ berganding­an sebagai Radio Rasmi GGV musim kedua.

Aplikasi penstriman muzik, ‘Raku’ pula bertindak sebagai Radio Digital GGV musim kedua manakala ‘Salam Muslim’ selaku ‘Portal Rasmi’ akan menjadi medium perantaraa­n utama untuk mengemaski­ni berita terkini mengenai GGV musim kedua.

 ?? — Gambar Astro ?? KEMBALI: Peserta GGV bersama Raqim Ahmad (Ketua Saluran Melayu Astro), Fuad Mat Ali (Pengurus Saluran Astro Oasis), Mohd Faizul Rohban Ahmad (Pengarah Urusan Beauty Kaseh) dan Norbaizura Ibrahim (Pegawai Pemasaran Beauty Kaseh).
— Gambar Astro KEMBALI: Peserta GGV bersama Raqim Ahmad (Ketua Saluran Melayu Astro), Fuad Mat Ali (Pengurus Saluran Astro Oasis), Mohd Faizul Rohban Ahmad (Pengarah Urusan Beauty Kaseh) dan Norbaizura Ibrahim (Pegawai Pemasaran Beauty Kaseh).
 ?? — Gambar Astro ?? HOS: (Dari kiri) Fakhrul UNIC, Siti Nordiana dan Fikry.
— Gambar Astro HOS: (Dari kiri) Fakhrul UNIC, Siti Nordiana dan Fikry.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia