Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan protege berentap di Konsert Mingguan Mentor Otai mulai 25 Mac ini

-

EPISOD pertama Mentor Otai telah pun bersiaran secara langsung di TV3 pada malam Ahad lepas di mana kesemua mentor memperkena­lkan dua protege pilihan mereka.

Kini, lapan orang protege yang akan berentap dalam Konsert Mingguan Mentor Otai adalah Azran & Elvira (Misha Omar), Alina & Ayie (Siti Sarah), Azril & Wan (Tam Spider), serta Azee & Lokman (Zarul Husin).

Mereka akan berebut sebahagian daripada hadiah wang tunai bernilai RM170,000 bermula 25 Mac ini.

Kesemua protege akan membuat persembaha­n pada setiap minggu dan diadili oleh juri tetap yang mempengaru­hi 50 peratus daripada markah keseluruha­n mereka.

Markah mereka akan dijumlahka­n pula dengan 20 peratus undian juri awam, dan 30 peratus undian atas talian melalui laman web www.xtra.com. my/mentorotai yang akan dibuka bermula 25 Mac 2018.

protege yang mempunyai markah terendah di akhir konsert mingguan, mungkin akan tersingkir.

Dalam pertanding­an nyanyian ini, selain memenangi trofi Mentor Otai yang akan dianugerah­kan kepada penyandang gelaran Juara, Naib Juara, dan tempat ketiga, para protege juga akan merebut sebahagian daripada hadiah wang tunai berjumlah RM170,000.

Juara Mentor Otai akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, manakala hadiah wang tunai untuk pemenang Naib Juara Mentor Otai adalah RM50,000 dan tempat ketiga adalah berjumlah RM20,000.

Konsert mingguan yang menampilka­n Haziq Hussni (Hot FM) dan Elly Mazlein ini akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Mark Adam dan Edry Abdul Halim akan bertindak sebagai juri tetap.

Mentor Otai diterajui oleh Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Abdul Ghani Mohd Mokhtar selaku Penerbit Mentor Otai.

Program ini juga mendapat sokongan geng media seperti Geng Media Online BH Online dan Oh! Bulan, Geng Strim Live HD tonton serta geng radio Kool FM.

Buat mereka yang tidak berkesempa­tan untuk menonton siaran langsung Mentor Otai ini, saksikan siaran ulangannya pada setiap hari Jumaat, jam 9.30 pagi bermula hari ini (23 Mac) atau pun di portal video nombor satu negara, tonton (www.tonton.com. my).

Saksikan juga paparan menarik dibelakang tabir persediaan-persediaan para protege bersama mentor mereka dalam Jurnal Mentor Otai setiap hari Ahad, jam 6 petang.

Untuk mendapatka­n maklumat dan perkembang­an terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysi­a.

Gunakan juga tandapagar #MentorOtai untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia