Utusan Borneo (Sarawak)

Drama romantik komedi ‘Cinta Lemon Madu’ di Tonton sebelum di Lestary TV3

-

TIDAK semua perkahwina­n tidak bergolak , begitu juga dengan drama romantik komedi terbaru ‘Cinta Lemon Madu’ yang kini ditayangka­n lebih awal di tonton.

Drama ini adalah hasil karya Hashim Rejab menjanjika­n sesuatu yang berlainan bagi pengikut setia slot Lestary.

Menampilka­n barisan bintang antaranya Ruhainies sebagai Haida dan Aidil Aziz sebagai Firash selain turut disertai oleh Riena Diana sebagai Aisyah, drama komedi ini mampu membuatkan anda diulit perasaan dengan pelbagai aksi komedi romantis mereka.

Jika Segitiga Bermuda menyimpan sejuta rahsia yang tidak mampu dirungkai oleh para pengkaji, drama ‘Cinta Lemon Madu’ pula mungkin merungkaik­an teka-teki yang akan meninggalk­an tanda tanya kepada penonton.

Dapatkah penonton meneka setiap plot pengakhira­n drama bersiri menarik ini?

Sama-sama kita ikuti drama ini dan nantikan pengakhira­n cerita yang cukup dramatik disulami debaran.

‘Cinta Lemon Madu’ memaparkan kehidupan Firash yang membesar bersama dengan isterinya Haida semenjak kecil lagi.

Persahabat­an yang erat di antara mereka yang membawa mereka ke jinjang pelamin, direstui oleh semua pihak.

Namun percintaan mereka goyah dengan sikap Haida yang tidak bertanggun­gjawab dalam menggalas tugas sebagai seorang isteri.

Lebih perit, apabila Firash telah berkahwin secara senyap dengan persetujua­an ayahnya, Haji Kamsan yang juga mempunyai dua isteri.

Aisyah memilih untuk bercinta dengan Firash selepas bernikah membuatkan perjalanan cinta cerita mereka lebih romantis yang bakal menggamit perasaan penonton.

Drama komedi romantik baharu, Cinta Lemon Madu disiarkan eksklusif di tonton mulai 14 Mac dalam format definisi tinggi (HD), pasti membuatkan penonton dibuai perasaan romantis pabila melihat kemesraan pasangan Firash dan Aisyah dalam melayari bahtera perkahwina­n mereka.

Nantikan debaran menerusi tontonan kesemua 13 episod drama komedi ini lebih awal dari tayangan TV, menerusi slot saluran di tonton ‘First’.

Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh melayari program `catch-up tv’ secara percuma.

Alami variasi pengalaman tontonan meluas yang menawarkan program-program stesen TV secara live, rancangan premium seperti siaran secara langsung Anugerah berprestij, konsert selain dari berita, perkembang­an sukan, hiburan, rancangan klasik serta kandungan premium eksklusif tonton selain boleh menikmati siaran episod secara terus-menerus tanpa henti (‘binge-watch’).

Teruskan melanggan pakej tonton VIP yang menawarkan arkib video lebih 30,000 jam pengalaman video bebas iklan menerusi pelan langganan VIP bermula dari serendah RM3 setiap hari, RM5 mingguan, RM10 bulanan dan RM96 setiap tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com. my. Juga boleh ikuti tonton melalui platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dengan kata kunci tontonMY selain tandapagar (hashtag) #tontonMY #tontonMaca­mVIP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia