Utusan Borneo (Sarawak)

Projek ini bakal menjadikan Perlis hab perdaganga­n dan eksport berpotensi cecah bilion ringgit

-

SANGLANG (Perlis): Jeti Bersepadu Sanglang, yang dibangunka­n di bawah projek Koridor Maritim, bakal menjadi pelengkap dan pemangkin kepada Pelabuhan Darat Perlis (PIP) di kawasan Industri Lembah Chuping (CVIA).

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata fasa pertama projek itu yang melibatkan pelaburan sebanyak RM500 juta, akan bermula September depan, dan dijangkaka­n siap pada suku pertama 2020.

“Kajian yang dibuat dua tahun lepas ke atas kawasan pantai dari Bukit Putih yang bersempada­n dengan Thailand di Kuala Perlis hingga ke Lumut di Perak, mendapati Sanglang berpotensi tinggi menjadi pelabuhan antarabang­sa.

Dapatan kajian itu juga menunjukka­n Jeti Bersepadu Sanglang berupaya menarik pelaburan asing selain menyokong pembanguna­n CVIA yang dijangka siap pada 2025,” katanya pada sidang media sebelum majlis pecah tanah projek tersebut oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai­l, di tapak tersebut, semalam.

Menurut Azlan projek itu dibangunka­n secara usaha sama oleh syarikat tempatan, Mutiara Perlis Sdn Bhd, dengan syarikat Menteri Besar Diperbadan­kan (MBI), menerusi tiga fasa.

Fasa kedua dan ketiga hanya akan dilaksanak­an mengikut perkembang­an semasa, kata Azlan tanpa menyatakan maklumat lanjut.

Beliau berkata fasa pertama meliputi pembinaan jeti sepanjang empat kilometer dari pantai ke laut, mengandung­i lima komponen termasuk bangunan pentadbira­n (Sanglang Centrum) bagi memenuhi keperluan nelayan kecil, kapal kargo dan kapal persiaran pada kedalaman maksimum 12 meter.

“Dari aspek logistik, projek ini bakal menjadikan Perlis hab perdaganga­n dan eksport yang berpotensi mencecah bilion ringgit,” katanya dan menambah tapak bagi kawasan darat pula melibatkan kawasan seluas 80 hektar (200 ekar).

Azlan berkata Jabatan Kerja Raya ( JKR) telah mengenal pasti laluan jalan baharu yang menghubung­kan jeti tersebut dengan Padang Besar, yang dibina serentak dengan kerja-kerja pembanguna­n projek itu.

Katanya projek tersebut tidak menjejaska­n peranan Kuala Perlis sebagai pelabuhan pendaratan ikan yang sesuai untuk bot-bot kecil.

Dalam ucapannya selepas itu, Azlan berkata projek berimpak besar itu akan melonjakan sosioekono­mi negeri, selain menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Perlis.

“Saya berharap kemudahan jeti yang boleh menampung bot-bot besar ini akan melahirkan nelayan laut dalam, di samping industri berkaitan laut,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l menandatan­gani plak pelancaran Majlis Pecah Tanah Jeti Sanglang, semalam.
— Gambar Bernama LANCAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l menandatan­gani plak pelancaran Majlis Pecah Tanah Jeti Sanglang, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? STRATEGIK: Ilustrasi kawasan Jeti Sanglang yang dipamerkan pada Majlis Pelancaran Pecah Tanah Jeti Sanglang.
— Gambar Bernama STRATEGIK: Ilustrasi kawasan Jeti Sanglang yang dipamerkan pada Majlis Pelancaran Pecah Tanah Jeti Sanglang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia