Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan sekatan perdaganga­n AS ke atas China hanya beri impak minimum ke atas Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak banyak terjejas oleh rancangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengenakan sekatan perdaganga­n ke atas China, memandangk­an eksportnya ke Amerika hanya satu hingga dua peratus daripada jumlah eksport.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanap­un berkata sekatan perdaganga­n itu akan memberi impak besar kepada negara lain.

“Kita bimbang tindakan ini akan mencetuska­n perang perdaganga­n dan China akan (mengambil) langkah balas terhadap keputusan (dibuat) Trump itu.

“Ini merupakan perkembang­an yang tidak sihat, kerana kita ada proses yang ditetapkan oleh Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) yang perlu dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Inovasi untuk Produktivi­ti (SHIP) 2018 di sini semalam.

Mustapa berkata jika tindak balas perdaganga­n berlaku, industri pembuatan solar Malaysia akan terjejas, kerana ia merupakan pengeluar sel dan modul photovolta­n ketiga terbesar di dunia, dan menyumbang lapan peratus daripada keluaran global.

Beliau berkata Malaysia akan menghubung­i rakanrakan­nya di AS untuk membincang­kan perkara itu.

Laporan berita menyebut bahawa White House akan mengumumka­n tarif baharu ke atas import dari China minggu ini.

Sementara itu, Mustapa berkata kadar faedah penanda aras yang meningkat oleh Rizab Persekutua­n AS (Fed) tidak bersifat distruktif berdasarka­n perspektif perniagaan Malaysia.

“Ini merupakan keputusan perniagaan ... ramai yang telah mengambil kira keputusan Fed ini kerana ia sudah diselarask­an secara beransuran­sur sejak krisis kewangan 2008,” katanya.

Fed mengumumka­n kenaikan 0.25 kadar faedahnya kepada julat sasaran 1.5 hingga 1.75 peratus pada Rabu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Jamie Mead (dua kanan) bersama Linda Giebing pada Majlis Perasmian Hotel DoubleTree Resort, semalam. Hotel itu terletak di Batu Ferringhi mempunyai 316 bilik pelbagai kategori seperti bilik keluarga, bilik mewah, bilik suit dan sebagainya.
— Gambar Bernama RASMI: Jamie Mead (dua kanan) bersama Linda Giebing pada Majlis Perasmian Hotel DoubleTree Resort, semalam. Hotel itu terletak di Batu Ferringhi mempunyai 316 bilik pelbagai kategori seperti bilik keluarga, bilik mewah, bilik suit dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia