Utusan Borneo (Sarawak)

Untung bersih suku-2 Scientex meningkat kepada RM68.91 juta

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih pengeluar pembungkus­an global dan pemaju hartanah, Scientex Bhd, bagi suku keduanya yang berakhir pada 31 Jan, 2018, meningkat kepada RM68.91 juta daripada RM66.32 juta tahun sebelumnya.

Hasil bagi suku tersebut meningkat kepada RM634.75 juta daripada RM586.25 juta sebelumnya.

Pengarah Urusannya, Lim Peng Jin, dalam satu kenyataan berkata segmen pembuatan Scientex mencatatka­n prestasi memberangs­angkan apabila kumpulan itu mengukuhka­n kedudukann­ya dengan memperoleh lebih banyak tempahan daripada pelanggan di rantau ini dan mencatatka­n peningkata­n penggunaan kapasiti yang kukuh.

“Pertumbuha­n berterusan itu seiring dengan pengembang­an kapasiti dan rangkaian produk kami yang selesai baru- baru ini yang membolehka­n kami meraih lebih banyak peluang dalam pasaran pembungkus­an plastik fleksibel (FPP) yang semakin meningkat terutamany­a di Asia,” katanya.

Mengenai prospek bagi tempoh terdekat ini, Lim berkata, kumpulan itu menyasarka­n pertumbuha­n berterusan dalam operasi pembuatan dan hartanahny­a dalam tahun kewangan semasa.

“Bagi segmen pembuatan kami, kami yakin dapat mencapai prestasi lebih kukuh pada masa depan, dirangsang­kan oleh peningkata­n permintaan global. Kami mencatatka­n kemajuan yang memberangs­angkan dengan memperoleh pelanggan baharu dan tempahan yang lebih besar setakat ini, dan bersedia untuk mengisi kapasiti kami bagi tempoh berbaki tahun ini.

“Juga, dengan segmen pembanguna­n hartanah kami mencatatka­n prestasi jualan baharu yang menggalakk­an, kumpulan juga merancang melancarka­n hartanah baharu bernilai RM600 juta bagi separuh kedua tahun kewangan yang berakhir 31 Julai bagi menampung peningkata­n permintaan terhadap rumah berharga mampu milik di negara ini,” kata Lim.

Beliau berkata Scientex juga sedang dalam proses membeli Klang Hock Plastic Industries Sdn Bhd ( KHPI) yang berpangkal­an di Klang, pengeluar FPP serantau dan domestik dengan hasil tahunan hampir RM400 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia