Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sedang menarik platform e-dagang global menyertai DFTZ

-

PETALING JAYA: Kerajaan sedang dalam perbincang­an dengan platform-platform edagang antarabang­sa seperti Amazon.com untuk menarik mereka menyertai Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ).

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Chua Tee Yong berkata, pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat dalam tahun ini.

DFTZ bukan sematamata dibuat untuk gergasi e-dagang China, Kumpulan Alibaba walaupun syarikat itu menjadi entiti pertama yang menyertai zon tersebut.

“Ramai beranggapa­n bahawa DFTZ adalah untuk Alibaba sahaja, tetapi sebenarnya, Alibaba hanya menjadi platform pertama yang bersetuju untuk bekerjasam­a dengan kerajaan di zon perdaganga­n bebas tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Anugerah Platinum Perniagaan (PBA) 2018 di sini semalam.

Memetik hab minyak dan gas Pengerang, Johor yang tidak dikendalik­an sepenuhnya oleh Petronas, sebagai contoh, Chua berkata, DFTZ juga akan menyaksika­n penyertaan peneraju- peneraju industri yang lain.

“Hasil perbincang­an dengan peneraju e- dagang, termasuk syarikat-syarikat tempatan, mereka perlu mempunyai keupayaan, bantuan kewangan serta bahagian untuk menyertai DFTZ,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kebangsaan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia), Datuk Michael Kang Hua Keong berkata skim pinjaman mudah e-dagang, yang dibuat khusus untuk belia Cina Malaysia berusia antara 18 hingga 45 tahun, dijangka akan dilancarka­n oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelang 1 April ini.

Menurut Kang, kerajaan telah memperuntu­kkan kirakira RM50 juta bagi tujuan menggalakk­an PKS kaum Cina, terutamany­a generasi kedua supaya memakai konsep e-dagang.

“Ini akan membantu mereka mengembang­kan perniagaan melalui platform e-dagang, sambil meneruskan cara tradisiona­l mereka dalam menguruska­n perniagaan.

“Setiap peminjam layak memohonseh­inggaRM30,000 dengan empat peratus kadar faedah tahunan,” katanya.

Kang ketika bercakap mengenai PBA 2018 yang bertemakan ‘Inovasi Tempatan, Pengiktira­fan Global’, berkata acara tahunan itu yang dianjurkan oleh SME Malaysia, akan bertempat Pusat Konvensyen Sunway pada 23 Nov depan.

“Ia kini sudah memasuki tahun ke-17, PBA merupakan satu platform untuk menanda aras prestasi perniagaan serta piawaian kualiti PKS dan individu-individu dalam bidang produk, penjenamaa­n dan operasi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia