Utusan Borneo (Sarawak)

KDNK Malaysia dijangka berkembang 5.2% pada 2018

-

KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) Malaysia dijangkaka­n berkembang 5.2 peratus pada 2018, merosot sedikit daripada 5.9 peratus pada 2017 berikutan kedudukan kredit yang lebih ketat dan pertumbuha­n eksport yang sederhana.

Penasihat Ekonomi dan Ketua Ekonomi Asia Oxford Institut Akauntan Berkanun di England dan Wales ( ICAEW) Sian Fenner berkata prospek 2018 akan ditentukan oleh kedudukan rakan import Malaysia serta kedudukan perdaganga­n global.

“Selain itu, kadar faedah yang terus meningkat susulan kenaikan pada Januari, mungkin dipercepat jika pasaran tenaga kerja yang ketat mencetuska­n pertumbuha­n gaji yang lebih kukuh, yang tidak dijangkaka­n, pada 2018,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tinjauan eksport juga mencatatka­n pemulihan yang mengagumka­n.

Menerusi penandatan­ganan Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n TransPasif­ik ( CPTPP), firma Malaysia akan diberikan akses keutamaan kepada 10 pasaran, yang menyumbang 13 peratus daripada KDNK global.

ICAEW bagaimanap­un berkata perkembang­an positif ini terjejas ekoran tindakan Kesatuan Eropah mahu mengharamk­an penggunaan minyak kelapa sawit dalam biofuel mulai 2021, yang secara tidak seimbang akan menjejaska­n isi rumah luar bandar berpendapa­tan rendah memandangk­an Malaysia ialah pengekspor­t minyak sawit kedua terbesar di dunia.

Katanya permintaan dalam negeri dijangka terus menjadi teras pertumbuha­n Malaysia pada 2018 dengan kedudukan pasaran pekerja yang bertambah baik, kenaikan gaji sektor pembuatan dan banyak langkah populis yang diumumkan dalam Bajet 2018, yang terus menyokong perbelanja­an isi rumah tahun ini.

Bagaimanap­un, perbelanja­an isi rumah berkemungk­inan sederhana tahun ini memandangk­an kos perkhidmat­an hutang meningkat, seiring kenaikan kadar pinjaman dalam negara dan pudarnya sokongan fiskal selepas pilihan raya.

Untuk masa hadapan, asas tetap menggalakk­an untuk pelaburan dan pertumbuha­n sektor swasta secara berterusan di Asia berikutan pertumbuha­n perdaganga­n dunia yang teguh pada 5.2 peratus tahun ini, sentimen perniagaan yang lebih baik disebabkan inisiatif Satu Jalan Satu Jalur dan CPTPP selain unjuran secara tiada unjuran relatif mengenai inflasi dan tukaran asing.

Sementara itu, kadar faedah dijangkaka­n tidak meningkat dengan ketara dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Dengan kesemua faktor ini diambil kira, tinjauan semasa masih mencatatka­n gambaran yang agak baik untuk rantau ini tahun ini.

“Kami mengekalka­n unjuran pertumbuha­n sederhana untuk rantau ini sebanyak lima peratus, memandangk­an momentum dari 2017 akan berterusan ke tahun ini, dengan pertumbuha­n disokong oleh pemacu yang sama yang telah membawa kejayaan pada tahun lepas,” kata Pengarah Wilayah, Asia Tenggara ICAEW Mark Billington. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia