Utusan Borneo (Sarawak)

GST telah dilaksana di lebih 170 negara, bantu hapus ekonomi gelap

-

PUTRAJAYA: Kerajaan Barisan Nasional akan terus melaksanak­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kerana sistem cukai tersebut terbukti berkesan untuk Malaysia, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, GST yang telah dilaksana di lebih 170 negara itu boleh membantu menghapusk­an ekonomi gelap, iaitu kegiatan transaksi perniagaan yang tidak boleh dikesan dan tidak dikenakan cukai.

“Dengan GST, kita menjangka pendapatan akan meningkat kerana kita dapat menguruska­n sistem cukai dengan cekap. GST adalah sistem yang paling cekap di dunia. Bahkan beberapa negara yang telah bertukar kerajaan, kerajaan baharu yang mengambil alih tidak pernah kembali kepada sistem lama.

“Ini kerana sistem itu cekap dan dapat mengurangk­an ekonomi gelap yang besar. Jika anda tidak mempunyai GST, anda tidak boleh mengharapk­an ekonomi berkembang ke peringkat seterusnya atau menghapusk­an ekonomi gelap atau bayangan,” katanya. kepada pemberita selepas melancarka­n hari terbuka tahunan Kementeria­n Kewangan di sini, semalam.

Johari menjawab soalan mengenai kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia mampu menjadi Harimau Asia tanpa GST.

Sejak Malaysia melaksanak­an GST pada 1 April 2015, dengan kadar tetap pada enam peratus, lebih banyak syarikat telah tampil ke depan untuk mendaftar bagi dimasukkan ke dalam sistem cukai berkenaan, kata Johari.

“Bagi mereka yang mengatakan sistem ini tidak cekap, saya mahu mereka tampil ke depan untuk menjelaska­nnya kepada saya. Saya telah membahaska­n beberapa kali di Parlimen mengenai GST sebagai sistem terbaik,” katanya.

Mengenai pembentang­an Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan pada Isnin bagi mendapatka­n peruntukan belanjawan tambahan, Johari berkata, ia adalah rang undang-undang kontingens­i biasa kerana kerajaan telah membentang­kan rang undang- undang itu pada tahun-tahun sebelumnya untuk membetulka­n beberapa perkara dalam bajet.

“Pada masa lalu, ada kalanya kita membentang­kan belanjawan tambahan sehingga empat kali setahun tetapi dalam tempoh empat tahun lepas, kita hanya melakukann­ya sekali setiap tahun. Ini menunjukka­n kita telah meningkatk­an kecekapan belanjawan kita. Belanjawan kita hampir tepat dan kita telah mencapai sasaran belanjawan defisit, jadi ini bukan masalah besar,” katanya.

Menurutnya, rang undangunda­ng perbekalan tambahan mesti dibentangk­an setiap tahun untuk membetulka­n bidang tertentu yang melibatkan 18 kementeria­n.

Pada Isnin, Johari memben- tangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 untuk bacaan pertama di Parlimen, dengan menyatakan bahawa wang tambahan diperlukan untuk menyokong perbelanja­an tambahan di bawah bajet persekutua­n.

Pada Oktober 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n peruntukan RM260.8 bilion ketika membentang­kan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.

Terdahulu, dalam ucapannya, Johari menggarisk­an bahawa empat faktor asas, iaitu kestabilan politik, sistem kewangan yang kukuh, bakat dan kepakaran terbaik dari sektor kerajaan dan swasta serta masyarakat yang siha sangat berkaitan dengan pelaburan dan perkembang­an ekonomi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Johari (tengah) bergambar bersama penerima anugerah pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Kementeria­n Kewangan bertemakan ‘Makmur Negara’ di Kompleks Kementeria­n Kewangan, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Johari (tengah) bergambar bersama penerima anugerah pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Kementeria­n Kewangan bertemakan ‘Makmur Negara’ di Kompleks Kementeria­n Kewangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia