Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia capai pertumbuha­n produktivi­ti 3.7% setahun menjelang 2020

-

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran pertumbuha­n produktivi­ti buruh sebanyak 3.7 peratus setahun yang bernilai tidak melebihi RM92,300 setiap pekerja menjelang 2020.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata negara telah mencatatka­n pertumbuha­n produktivi­ti buruh sebanyak 3.6 peratus pada 2016, mencapai 87.8 peratus atau nilai produktivi­ti sebanyak RM81,039, berbanding sasaran yang ditetapkan pada 2020.

“Dengan sembilan inisia- tif Nexus Produktivi­ti yang diterajui oleh industri dan disokong oleh kerajaan dan ahli akademik (yang dilantik), kami percaya produktivi­ti negara akan dipertingk­atkan lagi.

“Tahun ini, Nexus telah merancang lebih 42 projek, antaranya dokumentas­i amalan terbaik, profil industri dan pembanguna­n kit produktivi­ti dalam talian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Inovasi bagi Produktivi­ti (SHIP) 2018, di sini semalam.

Nexus Produktivi­ti merupakan sebuah pusat kecemerlan­gan yang berkaitan dengan produktivi­ti dan menjadi pemangkin dalam melaksanak­an inisiatif-inisiatif produktivi­ti.

Industri digalakkan untuk menyertai program yang ditawarkan Nexus bagi meningkatk­an lagi produktivi­ti mereka.

SHIP 2018 mempamerka­n amalan-amalan yang terbaik daripada empat platform perkongsia­n inovasi yang strategik seperti Rangkaian Penyelidik­an Awam-Swasta Kementeria­n Pengajian Tinggi, Perkongsia­n SIRIMFraun­hofer, AIM-Steinbeis Foundation Malaysia dan SME Corp Bhd--PlaTCOM Ventures Sdn Bhd.

Sepanjang tempoh 20152017, SHIP telah membelanja­kan kira-kira RM200 juta, memberi faedah kepada 1,600 perusahaan kecil dan sederhana.

SHIP merupakan satu inisiatif di bawah bidang kuasa Majlis Pemantauan Produktivi­ti Kebangsaan, yang merupakan sebahagian daripada struktur tadbir urus Majlis Produktivi­ti Negara. — Bernama

 ??  ?? JOM SERTAI KAMI: (Dari kiri), Hiu, Siaw, Chong, John, Chiang, Jee dan Yii memperkena­lkan Jerayawara Vinda di Everrise BDC.
JOM SERTAI KAMI: (Dari kiri), Hiu, Siaw, Chong, John, Chiang, Jee dan Yii memperkena­lkan Jerayawara Vinda di Everrise BDC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia