Utusan Borneo (Sarawak)

Digitalisa­si tawarkan potensi besar untuk sektor kewangan, kata BNM

-

KUALA LUMPUR: Digitalisa­si menawarkan potensi besar bagi sektor kewangan mencapai apa yang tidak mungkin sebelum ini, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Jessica Chew Cheng Lian.

Beliau berkata, peralihan kepada ekonomi digital itu sendiri menggalakk­an orientasi semula sektor kewangan bagi memenuhi tuntutan perniagaan baru untuk perkhidmat­an kewangan dan industri kewangan perlu menjadi ejen perubahan yang kukuh.

“Dengan sedikit kepintaran, kewangan digital dapat membuka peluang pertumbuha­n baru yang sebelum ini dianggap tidak berdaya maju secara komersial.

“Inovasi disruptif - sama ada dalam perbankan atau di luar - sering bermula di pinggir pasaran, seperti segmen yang kurang diberi perkhidmat­an dan tidak mendapat perkhidmat­an,” katanya pada Konvensyen Kewangan Digital Pegawai Bank Asia 2018 di sini, hari ini.

Chew berkata, perubahan dinamik pasaran menimbulka­n beberapa soalan strategik penting untuk bank - ter- masuk bagaimana bank akan memilih untuk mendekati persaingan, apakah maksudnya untuk model perniagaan sedia ada dan hasil apa yang akan melibatkan kedua-duanya dalam jangka pendek dan panjang.

“Satu strategi adalah untuk memanfaatk­an peluang untuk kerjasama - sama ada di kalangan pemain sedia ada atau peserta baru. Kita melihat ini muncul sebagai semakin penting, jika tidak dapat dielakkan, tindak balas global di beberapa bidang,” kata Chew.

Di ruang rantaian blok, Chew berkata, industri dalam beberapa bidang kuasa telah mengumpulk­an sumber untuk membiayai kos percubaan yang terlibat dalam membangunk­an kes- kes penggunaan berskala untuk aplikasi teknologi.

Di Malaysia, katanya, sembilan bank telah melakukan ini dengan bekerjasam­a membangunk­an aplikasi rantaian blok untuk pembiayaan perdaganga­n.

Menurutnya, sektor kewangan dikatakan lebih baik daripada kebanyakan yang lain untuk memindahka­n tenaga kerjanya kerana profil pekerjaan berubah sebagai tindak balas terhadap teknologi disruptif.

“Sektor kewangan telah bergerak ke arah pekerjaan mahir yang lebih tinggi. Sepanjang tiga tahun yang lalu, 91 peratus daripada jumlah pekerjaan yang diwujudkan dalam sektor kewangan adalah bagi jawatan berkemahir­an tinggi.

“Menjelang akhir tahun lepas, pekerja berkemahir­an tinggi terus merangkumi majoriti tenaga kerja - mewakili 74 peratus daripada pekerja sektor perbankan dan 83 peratus daripada pekerja sektor insurans/takaful,” kata Chew.

Chew berkata, terdapat pelbagai kemungkina­n dan cabaran yang akan dibuka untuk dunia kewangan untuk memberikan pertumbuha­n yang lebih kukuh, berkualiti tinggi dan lebih inklusif.

“Secara individu dan secara kolektif, kita akan menghadapi pilihan yang akan membentuk masa depan perkhidmat­an kewangan di Malaysia dan adalah penting kita bergerak maju dengan bijak dalam memastikan sistem kewangan untuk semua segmen masyarakat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia