Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI CEDERA ISTERI DAN ANAK DIPENJARA

-

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini petang semalam menjatuhka­n hukuman penjara lapan bulan ke atas seorang lelaki yang didakwa mendatangk­an kecederaan terhadap isterinya, 10 Januari lepas.

Tertuduh, Mohamad Haswandi, 44, turut dikenakan denda RM2,000 atau tiga bulan penjara oleh mahkamah sama selepas mengaku bersalah mendera anak perempuann­ya yang berusia 10 tahun.

Hakim Caroline Bee Majanil yang menjatuhka­n hukuman itu, turut memerintah­kan tertuduh berkelakua­n baik selama dua tahun dengan ikat jamin RM3,000 berserta seorang penjamin.

Haswandi didakwa mencederak­an isterinya, 33, di sebuah bilik sewa di Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 39 pada 10 Januari, 2018, kira-kira jam 2 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A, kanun yang sama.

Bagi pertuduhan mendera anak perempuann­ya, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lorong 6 Timur, Jalan Sentosa Salim pada 10 Januari, 2018, kirakira jam 2.30 petang.

Untuk pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1), Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali, selain diperintah berkelakua­n baik.

Berdasarka­n fakta kes, berlaku salah faham antara Haswandi dan isterinya apabila isterinya itu memohon untuk bercerai, menyebabka­n tertuduh memukul mangsa di bahagian muka dengan menggunaka­n tangan.

Dalam kejadian itu, tertuduh juga mengejar serta melontar batu ke arah mangsa, di mana batu tersebut mengenai dahi anak perempuan mereka.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap di hadapan sebuah kedai kopi di Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 39.

Ketika kejadian, tertuduh yang tidak bekerja dikatakan di bawah pengaruh alkohol, namun masih sedar dengan persekitar­annya.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Zulfadhli Tuah, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? KE PENJARA: Haswandi diiringi keluar dari Mahkamah Sesyen.
KE PENJARA: Haswandi diiringi keluar dari Mahkamah Sesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia