Utusan Borneo (Sarawak)

PENYELUDUP­AN DIGEMPUR

Pemilik premis cuba sogok pegawai dicekup; rokok dan bir seludup bernilai RM340,000 dirampas.

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Kegiatan penyeludup­an berjaya dibanteras apabila rokok dan minuman keras bernilai RM340,000 dirampas dalam dua operasi berasingan di sini, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Superinten­den Sanudin Mohd Isa berkata, dalam operasi pertama di sebuah premis di Jalan Sie Poi Kieng pada jam 8.15 malam kelmarin, 3,800 karton rokok seludup yang mempunyai nilai pasaran RM90,000 berjaya dirampas.

Dalam Ops Libas tersebut katanya, pemilik premis berkenaan yang berusia 30an turut ditahan anggota penguat kuasa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas cuba menyogok ketua serbuan.

“Lelaki tersebut berkali-kali memujuk pegawai berkenaan untuk menerima wang tunai RM3,000 sebagai imbuhan bagi menyelesai­kan perkara tersebut.

“Bagaimanap­un, pegawai SPRM yang turut serta dalam operasi berkenaan bertindak menahan suspek ketika proses penyerahan wang,” katanya pada sidang media di sini, pagi semalam.

Menurutnya, operasi bersepadu yang diketuai ASP Mohd Mazlan Mohd Ariff bersama 15 pegawai dan anggota Batalion 10, Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Sarawak, Cawangan Risikan Batalion 11 serta tiga pegawai SPRM di premis tersebut menemui 76 kotak (3,800 karton) rokok jenis Director Menthol yang kemudianny­a dirampas.

“Pemilik premis terbabit juga gagal menunjukka­n sebarang dokumen pemilikan rokok berkenaan menyebabka­n dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sanudin berkata, barangan seludup itu disimpan di tingkat atas premis tersebut.

“Barangan kes akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Cawangan Sibu dan suspek ditahan SPRM untuk tindakan lanjut,” jelas Sanudin.

Terdahulu katanya, seorang lelaki berumur 20-an juga ditahan dalam operasi berasingan kerana dipercayai menjalanka­n aktiviti penyeludup­an bir di sebuah stor di Jalan Wong King Huo, petang kelmarin.

Dalam operasi yang diketuai Inspektor Mohd Hafizhazma­n Hassan pada jam 5 petang itu, 2,850 kotak bir pelbagai jenis dan jenama dengan anggaran nilai keseluruha­n RM250,000 berjaya dirampas.

Semasa pemeriksaa­n, terdapat dua stor di bahagian belakang premis itu di mana salah satu pintunya tidak berkunci.

Sanudin berkata, pasukan serbuan bertindak mengumpil pintu stor yang berkunci menggunaka­n pemotong besi untuk masuk ke dalam stor tersebut lalu menemui pelbagai jenis bir.

“Kesemua barangan kes dirampas dan seterusnya diserahkan kepada pihak Kastam Sibu,” katanya.

Katanya, laporan mengenai kedua-dua kes telah dibuat di Balai Polis Sentral di sini.

“Rampasan kali ini merupakan yang terbesar dilakukan setakat ini tahun ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menjelaska­n kehadiran anggota SPRM membolehka­n operasi serbuan dilakukan secara lebih telus, malah membolehka­n pegawai SPRM mengambil tindakan segera apabila berlakunya sogokan.

 ??  ?? BAHAN BUKTI: Sanudin menunjukka­n barangan kes yang berjaya dirampas di dua lokasi dalam serbuan Ops Libas di Sibu pada sidang media, semalam.
BAHAN BUKTI: Sanudin menunjukka­n barangan kes yang berjaya dirampas di dua lokasi dalam serbuan Ops Libas di Sibu pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia