Utusan Borneo (Sarawak)

PENGEDARAN SYABU DI JALAN PESISIR PANTAI BINTULU-MIRI TUMPAS

-

BINTULU: Kegiatan pengedaran syabu tumpas dengan tertangkap­nya seorang lelaki warga asing di simpang Nyalau Hulu di jalan pesisir pantai Bintulu- Miri sekitar jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili ketika dihubungi semalam, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bintulu telah merampas dadah jenis syabu seberat 12 gram dengan nilai pasaran RM3,600 daripada lelaki berumur 26 tahun itu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Jelasnya, pasukan JSJN bertindak menahan suspek kerana kelihatan mencurigak­an, sebelum menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas suspek.

“Hasil pemeriksaa­n yang dilakukan ke atas suspek menjumpai enam keratan tiub penyedut minuman lutsinar kebiruan berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan dua peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis sama,” ujar beliau.

Jelasnya, siasatan yang dijalankan mendapati suspek mengaku melakukan kegiatan pengedaran dadah sekitar kawasan jalan pesisir terbabit sejak awal tahun ini.

Jelasnya, pihak polis akan menjalanka­n siasatan terperinci bagi mengetahui dalang sebenar di sebalik kegiatan pengedaran najis dadah berkenaan dalam usaha membantera­s pengedaran serta penyalahgu­naan bahan terlarang itu di Bintulu.

Difahamkan suspek telah dikenakan tahanan reman 14 hari mulai semalam hingga 4 April depan bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah, kata Zulkipli.

 ??  ?? SUSPEK: Lelaki berusia 26 tahun ini dipercayai warga asing. DIRAMPAS: Dadah jenis syabu ditemui pada suspek.
SUSPEK: Lelaki berusia 26 tahun ini dipercayai warga asing. DIRAMPAS: Dadah jenis syabu ditemui pada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia