Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA DIBERKAS, CUBA LARIKAN KENDERAAN

-

LUNDU: Tiga lelaki warga asing termasuk dua dipercayai anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) ditangkap polis dari cawangan Task Force Ops Lejang selepas dipercayai cuba melarikan dua motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) melalui sebuah ladang di Kampung Raso di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, terdahulu pihaknya telah menahan dua lelaki yang bersenjata­kan selaras raifal jenis SS1 bersama satu kelopak peluru berisi 15 butir peluru.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang memakai seluar TNI itu ditahan untuk pemeriksaa­n selepas dilihat mencurigak­an menunggang sebuah motosikal dari arah sempadan Lundu-Indonesia sekitar jam 3 pagi.

“Pasukan polis berjaya menyekat motosikal tersebut dan menahan dua lelaki Indonesia yang memakai seluar TNI, di mana seorang daripadany­a membawa selaras raifal jenis SS1 berserta peluru.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati motosikal yang ditunggang­i kedua-dua suspek dilaporkan hilang di Sekama, Kuching pada tahun lepas,” kata Dev yang turut mengesahka­n kedua-dua suspek memiliki dokumen pengenalan diri sebagai anggota TNI.

Dev berkata demikian dalam satu kenyataan media, di sini semalam.

Tatkala pemeriksaa­n dilakukan terhadap kedua-dua suspek, anggota Task Force dikejutkan dengan kedatangan sebuah 4WD yang dipandu laju dari arah Lundu menuju ke sempadan negara.

“Bagaimanap­un, kenderaan tersebut terus berhenti apabila melihat pasukan polis dan kelihatan dua suspek keluar dan terus melarikan diri ke dalam ladang sawit.

“Pasukan polis berjaya mengejar dan menangkap seorang daripada suspek yang bersembuny­i di dalam semak, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri,” jelas Dev.

Tambahnya, semakan terhadap 4WD tersebut mendapati ia baharu dilaporkan hilang di kawasan Sungai Maong, Kuching pada malam Khamis lepas.

“Anggota operasi turut menjumpai sebuah lagi motosikal di dalam 4WD tersebut dan hasil semakan mendapati ia dilaporkan hilang di Kota Samarahan,” kata Dev.

Ketiga-tiga suspek serta kesemua kenderaan tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Senjata Api 1960, Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen.

 ??  ?? DIRAMPAS: Kenderaan yang dicuri di negara ini dan cuba diseludup ke nagara jiran.
DIRAMPAS: Kenderaan yang dicuri di negara ini dan cuba diseludup ke nagara jiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia